Wednesday, December 30, 2009

Ape kejadah ni~~~

bila time cuti je mesti aku akan jadi 'weng'. kenapa weng? yelah asal cuti je mulalah tak tahu nak buat apa. nak merayap ke? nak meronggeng ke hulu ke hilir ke? dan aku rasa bukan aku je lah kot alami perkara2 di atas. asal cuti je, mesti rasa seperti bosan dan tiada kerja. yelah dah ada dekat u lama-lama dengan bermacam-macam kerja dan stress bila balik rumah semua tu dah hilang. semua kesibukkan hilang bila balik rumah. mulalah bila duk kat rumah tu dah seperti ular sawa. asyik makan, tido, bina badan, makan, tido, bina badan. haih.... nak keluar dengan kawan-kawan aku pun, cuti kitorang kali ni tak sama. so tak boleh lah nak hang out selalu. huhuhu...

tapi jangan risau, jika anda menggunakan produk dot dot dot, kebosanan anda pasti terubat. (chett, apakah, iklan mengarut tiba-tiba) cuba tanya diri anda balik, apa yang korang dah buat sepanjang cuti korang? adakah dipenuhi dengan kerja-kerja membina badan? atau adakah dipenuhi dengan aktiviti yang best? ataupun dipenuhi dengan aktiviti memeran air liur dalam bilik? hahaha.... meh sini aku nak share kejadah yang aku buat masa cuti. this time aku tak sempat nak buat list to do before cuti hari tu so cuti aku dipenuhi dengan aktiviti yang tak tersusun tapi masih berfaedah. cheewahhh. hahaha...

masa mula-mula cuti tu aku duduk kat rumah nenek aku di shah alam. memandangkan shah alam dekat dengan Key Ell~~~ (hahaha gediks? peduli apa aku...) aku dan sepupu ku pergilah merayap. laporan berita program merayap kami ada di entri sebelum sebelum ni. kitorang pergi jalan-jalan cuci mata tengok lelaki/perempuan cun. cun ke? cun lah sangat... hakhak.... semua orang ada kecantikkan masing2 kan. aku rasa aku tak pernah lagi jumpa orang yang aku boleh katakan berwajah hodoh. semua ada kecantikan tersendiri lagi eksotik. hakhak... (rasa nak baling selipar? silalah baling kalau boleh :P) lepas tu kitorang adalah jugak membuat kejadah gila selain menghabiskan masa di panggung wayang walaupun bukan setiap masa menonton wayang. ngahaha... kitorang membuat gila dengan berlagak seperti seorang millionaire padahal harta sendiri pun tak ada lagi. huhu... sedih-sedih.

lepas menghabiskan masa dalam 2 minggu++ di rumah nenda terchenta, aku balik ke rumah... oh rumah kesayangan. rasa heaven dah dapat balik rumah padahal heaven tu tak terkata indahnya kalau nak compare dengan rumah aku. hohoho... (berbelit kepala otak nak faham? maaf lah ye) so aktiviti kat rumah pula apa lagi kalau bukan kemas rumah, cuci toilet, basuh baju, jemur kain, lipat kain, blablabla.... banyak kan? (chett, sikit je dowh~~~) selain dari itu, masa aku pun diisi dengan acara melepak dengan kawan ku. di mana? kalau dekat kemaman ni, mana lagi lah bole melepak kalau bukan kat kopitiam yang bersepah-sepah itu atau di Mesra Mall yang mana pusat boling nya sudah dibuka bersama pusat karaoke nya sekali. ye saya tahu, semuanya sangat lame. tapi kira oklah kan bila kemaman ada boling kan.... cool dah tu. (-_-") tapi untuk orang macam aku yang tangan bangku boling ni, memang useless lah pusat boling tersebut. tapi tak pe yang penting aku keluar dengan kawan-kawan aku. itu yang terbaik lah. ^^v thanks. selepas sudah lama bertungkus lumus (ini mmg gediks) tiba-tiba satu malam

ayah : kerja ayah dah habis. tinggal laporan je nak kena siapkan. nak pergi jalan mana-mana tak?

kakak : (dengan mata blink2*) nak nak. tapi nak pergi mana?

aku : (-_-")

ayah : awak orang nak pergi mana?

kakak : johor jom. lama tak pergi johor

aku : betul tu ayah. dah lama tak pergi johor. boleh gak

ayah : baik. kita akan pergi ke johor pada sekian tarikh sampai sekian tarikh. korang pergi tempah hotel.

aku + kakak : baik (dengan mata blink2*)

begitulah alkisah cadangan tiba-tiba untuk ke johor padahal lagi 2 hari nak pergi. hohoho... lepas tu bermulalah episod mencari hotel untuk ditempah secara online. (kalau tempah guna telefon tu kira online tak?) aku yang merangkul title sebagai jurucakap dalam famili aku pun menjalankan tanggungjawab menempah hotel. hahaha... then kitorang pun pergilah johor dari 24 December sampai 26 December. kitorang stay kat Selesa Hotel. memang selesa lah wa cakap sama lu. susah nak jumpa lif yang menunggu kita tau. tapi di selesa hotel lif sentiasa menunggu anda (ok ini tipu, bukanlah sentiasa tapi ikut nasib) breakfast dia pun sedap cuma bagi orang yang tak suka tempat yang ramai orang dan sesak ini mungkin bukan satu creditlah sebab asal time breakfast mesti ramai orang kat cafe dia. tapi overall Selesa Hotel memang selesa. ^^v

selepas pulang ke johor seperti biasa akan singgah di rumah nenek di shah alam di selangor (berapa banyak d lah~~~) esokkan nya barulah pulang ke kemaman kembali. belum sempat 24 jam berada di rumah kemaman, ayah aku kejutkan aku dan kakak aku sebab kitorang akan ke Kuala Terengganu pulak. ayah aku ada kerja yang perlu diselesaikan di sana. lepas tu, tak sampai 48 jam berada di KT, kitorang balik kemaman. then lagi sekali tak sampai 24 jam memijakkan kaki di rumah (tak sempat panas punggung pun) kitorang bergerak ke shah alam sekali lagi sebab malam ni pak saudara aku buat kenduri kesyukuran naik rumah. haih... semput. ni perbualan kami bertiga mengenai trip yang gila ni ketika dalam perjalanan ke rumah nenek ku di shah alam

aku : ayah~~~ banyaknya pergi jalan, rasa macam tak sempat nak bernafas lah...

ayah : (dengan selambenya) yelah, ayah pun rasa macam tak sempat nak bernyawa tau~~~

kakak : (ketawa terbahak-bahak bergolek-golek)

aku : (-_-") adess...

kemudian journey kitorang pun bersambung dan sekarang aku ada di rumah nenek ku dengan sepupu-sepupu ku dan kakak ku masih memeram di dalam bilik masing-masing. malam ni aktivitinya adalah pergi ke kenduri kesyukuran pak saudara aku. esok balik ke kemaman semula. plan bila dah sampai rumah nanti

1) kemas dapur
2) kemas bilik sendiri dan bilik tetamu
3) kemas living room
4) kemas laptop (aik!! laptop pun nak kena kemas? bukan kemas daa... laptop nak kena wat maintainance gak kan.)
5) kemas barang nak balik u

hahaha.... nanti hari selasa minggu depan nak pergi KT sekali lagi. bawak nenek aku jalan-jalan kat sana pulak. dia kata dia nak pergi jalan KT sebab dah lama tak balik KT. so sekarang aku rasa cuti aku macam tak cukup pulak. banyak sangat benda yang aku nak buat. oklah. chiow~~~

p/s: dialog di atas bukanlah 100% dari dialog yang asal keran penulis lupa-lupa sikit dialog yang sebenar.

2 comments:

asliani ahmad said...

wah,byk siot dia g jejalan..
nak g jugak!
huh,pelik la,rmi kata kalo cuti,musti bosan..
tp sy,x pernah pon!
sgt suke cuti tau!!!!

zikachiCOOL said...

saya pun camtuh gak... cuti kali ni memang best ^^v