Tuesday, December 8, 2009

Jiwang Mode

salam

jiwang mode? ngahaha... gediks je....hahaha.... wow2... dah ada perkataan baru kat blog ni.... hakhak gediks lagi skali.... ape lah nk jadi kat budak sorang ni~~~ (-_-") ok sudah2.... jangan nak melalut lebih2. ok straight to the point.... apa ada dgn tajuk entri kali ni? aku sebenarnya saje je nk menafsirkan makna jiwang dalam kamus otak aku sendiri.

bagi aku, jiwang ni lebih kepada sesuatu yang agak subjektif. sebab lain orang lain tafsirannya. ye tak? yelah tu kan... x yah nak berdalih lebih2... aku menafsirkan jiwang ni satu perasaan bila korang akan rasa macam sedang romantis bersama seseorang x kiralah orang tu wujud atau pun x. tapi awas dgn jiwang ni. sebab kalu tersalah berjiwang lain plak jadinya. jangan sampai membuat dosa dah. kalu nak berjiwang tu biarlah jangan sampai imaginasi tu melebihi hadnya kan.

aku ni bukanlah orang yg suka berjiwang. apatah lagi nk berangan... (ini tipu! kdg2 aku berangan gak :P) tapi bila tengok orang lain berjiwang karat aku jadi pelik. apalah yg buat diorg jiwang sampai camtu skali? hoho... kalu org g br lepas kahwin tu aku boleh lah nk terima. biasalah kan. tp kalu org yg baru bergelar kekasih tu..... agak pelik... hakhak... maaf yer kalu ade sape2 yg terasa masam manis ikan siakap....x de lah kan... kenapa lah nk berjiwang sebelum kahwin... nanti lepas kahwin nk berjiwang pun dh naik muak.... huhu... kesian tau...

aku pun pelik kat sape2 yg pernah membuat janji sehidup semati... sgt pelik... korang dh lah kahwin pun belum... ni nk janji sehidup semati... macam mana kalu korang x jadi kahwin? x ke tragis namanye tu... kenapa tragis? habis janji yg korang buat tu? macam mana nak tepati kalu korang kahwin dengan org lain dan dia pun kahwin dengan orang lain? x ke tragis namanya tu...

bagi aku kalau aku diberi peluang dan diteguhkan lagi iman ini... aku akan pastikan hati aku ni hanya untuk orang yg aku cintai kerana Dia dan aku sentiasa berdoa yang aku akan dikurniakan seseorang yang mencintai aku juga kerana Dia. sebab kalu dia mencintai aku kerana Dia, mesti bila aku mati nanti, dia xkan sedih sebab aku yakin, dia akan lepaskan aku sebagai hambaNya yg solehah.... (haha... nilah jiwang version aku)

*hanya sekadar gambar hiasan :P


No comments: