Tuesday, December 29, 2009

Petang Yang Tenang

Salam,
hmm... tak sangka pulak aku dah nak dekat setahun aku tak pergi melawat. melawat apa? hurm... kubur... arwah mak aku... kesibukan ada dekat U pastu dengan jarang balik rumah pastu nak pergi KT lagi. T___T

tadi dalam pukul 5.50pm aku, kakak n ayah kitorang pergi ziarah. time tu hujan pun turun renyai2. suasana syahdu. hoho... walaupun dah lebih 5 tahun perasaan tu still ada. semua yang dah jadi 5 tahun lepas aku rasa still fresh lagi. dan aku still ingat lagi every detail kejadian tu. tak perlu lah aku beritahu kejadian apa. bagi aku benda ni macam sangat private. tak ramai yang aku cerita pengalaman aku. dan rasanya still ramai yang tak tahu yang mak aku dah meninggal.

dan mungkin ramai kawan2 aku yang tak tahu pasal benda ni. aku mintak maaf. bukan aku tak nak beritahu tapi aku rasa tak perlulah korang tahu. cukuplah sekadar korang terima aku seadanya. itu dah cukup bagi aku. sekali lagi kepada sesiapa yang kenal aku dan tak tahu pasal benda, aku mintak maaf sangat2. bukan aku tak nak beritahu tapi mungkin bagi aku perkara ni masih lagi sesuatu yang susah untuk aku berkongsi dengan orang lain. susah sangat bagi aku untuk katakan.

tadi masa ziarah kubur mak, hati ni rasa sayu pulak. dah lama tak datang ziarah. tapi alhamdulillah kubur mak bersih. disebabkan keluarga aku tak duduk kat KT tapi kitorang duk kat kemaman so susah untuk kitorang pergi ziarah. apatah lagi aku dan kakak aku pun masing2 merantau kat negeri lain. sebab tu ayah aku ambik iniatif tuk upah orang untuk jaga kubur mak aku. alhamdulillah pak cik tu tolong bersihkan lepas tu tolong mengaji kat kubur tu. tadi pun ada pokok kenanga yang pak cik tu tanamkan. terima kasih ye pak cik.

ok. dah2 touching2, feeling2. aku kena kuat. aku kena tabah. no matter what happen aku ada yang Satu. dan aku ada famili aku. ayah aku, kakak aku dan ramai lagi. terima kasih semua sebab support aku dari aku mula lahir sampai sekarang. aku mintak maaf kalau aku ada buat salah. aku bukan orang yang sempurna. tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk jadi yang terbaik.

pada kawan2 aku dan sahabat2 aku, korang memang terbaik. terima kasih sebab ada di samping aku dan terus menerus support aku. terima kasih. dan mintak maaf kalau aku ada rahsiakan sesuatu dari korang yang sepatutnya benda tu aku kena bagi tahu korang. maafkan aku ye. korang memang terbaik. sayang korang semua. ^^v

3 comments:

asliani ahmad said...

aslkm....
kuatkan semangat...
walau pe pun blaku,hidup perlu diteruskan...
cuma kdg2 kita x mampu nak elak bila kenangan tu menjelma...

psssttt:sy syg awk jugak!

zikachiCOOL said...

trimas... ^^v

cik EPAL said...

be strong :)