Wednesday, December 29, 2010

Tersentuh


Salam/Hi

wuahhhh. dah dekat 3 minggu aku intern. wehuuu... jgn tanye aku cane intern aku. agagaga. malas nak cite pasal intern. nak cite pasal apa yang aku alami pg tadi. serius tersentuh aku.

cite die camni

pagi tadi aku ada task yang kena selesaikan. so aku pergilah dekat making area. aku masuk dalam control room. ada 2 orang pak cik tgh keje. so aku join lah dengan diorg. then sorang dr pak cik ni pegi rehat. jadi aku borak lah dengan sorang pak cik ni lg. buat pengetahuan korunk, pak cik tu adlh operator kilang tmpt aku praktikal.



pak cik: belajar dekat mne?

author: dekat ***

pak cik: ooo... senang tak nak masuk sane?

author: hurm... susahlah jugak. ada interview.

pak cik: SPM bpe yang die nak

author: kalu time sye minimum die nak 6A. tapi sekarang sye tak pasti pulak.

pak cik: pak cik ada anak br habis spm. tgh tunggu dapat keputusan

author: oh. die ada mintak mane?

pak cik: die kate die dah mintak banyak tempat. camne byran mase mula2 masuk tu?

author: yuran die dlm RM700

pak cik: ouh... dah tu, kena bayar yang setiap semester pulak macam mane?

author: saya dapat biasiswa. jadi tak sesak sgt lah tapi dr invois yang kitorg dpt satu semester tu kitorg kena byr dalam RM20k +- jugaklah

pak cik: baguslah kalu dapat biasiswa macam tu. senang. biasiswa ape yang kamu dapat

author: p*******. tapi ada kontrak 10 tahun lah.

pak cik: lagi bagus kalau macam tu. nanti senang nak dapat keje. tak payah ssh2 nak kena cari. mase mula2 kamu masuk tu, berape semua skali? RM2000 cukup tak? ke lebih? nak beli barang2 semua tuh.

author: tak pasti lah pak cik. yang sye pasti yuran memang kena bayar RM700. lepas tu barang2 semua sye amik je apa yang ad dekat rumah. jadi tatau sgt berapa habis.

pak cik: ouh.. yelah, nanti nak kna beli buku, cadar lagi, brg2 lain lagi. rse2 cukup tak RM2000 tu?

author: tak pasti pulak pak cik. sebab kebanyakkan brg sye memang amik je dr rumah. tak byk beli baru.

pak cik: ouh... sebab macam dekat asrama kan diorang nak kena beli byk barang. dengan cadar warne biru nye lagi, macam2lah. dekat RM2000 jugak pak cik abis.



mungkin time korunk bace dialog ni macam tak menyentuh perasaan. tapi bila korunk tengok muka pak cik tu, sure korang akan tersentuh. pak cik tu sgt ambik berat pasal anak die tu. muka die pun cam rungsing jugak lah bile die tanye aku RM2000 tu cukup ke tak kalau nak anta anak dia masuk universiti.

terus aku teringat kat ayah aku. seyes weyh. mungkin tu lah yang ayah aku rase mase nak masukkan aku ngan kakak aku ke universiti. sebak plak. pak cik tu dhlh keje kuat. ntah2 ayah aku pun camtuh. tersentuh sangat aku td. lepas tu, aku terus mintak izin dgn pak cik tu balik opis.

terpikir aku, mungkin tulah kepayahan yang ayah aku lalui, dan mungkin tulah apa yang ayah aku rasa. lepas ni aku tak nak dah susahkan ayah aku. aku tak nak dah buat ayah aku risau pasal semua belanja aku. aku ada biasiswa aku sendiri, aku dapat elaun, aku akan belajar sara hidup aku sendiri tanpa bergantung pada ayah aku. aku tak nak dah susahkan ayah aku.


p/s: hurm... rupanya, masa praktikal ni bukan belajar pasal benda2 teknikal dan management je, tapi dapat gak belajar pasal life and value. alhamdulillah.

Saturday, December 18, 2010

Ini Adalah Sambungan Dot Dot Dot

Salam/Hi

post2 lama ada aku post pasal 'industrial training' aku kan? so hari ni ni nak sambung lah cerita tu. tp bkn sambungan untuk hari ke-3. tak2. dah malas nak sambung secara 'day-by-day' jadi aku sambung secara rambang.

basically for the first week, most of my time was in the office. baca itu, baca ini. banyak yang aku baca. hahaha. sejujurnyalah, minggu pertama tu aku macam nak je cari senior aku yang cuti tu bawak balik datang office ni. bosan kot. nak pergi ronda-ronda takut kena marah pulang kang. buat sesuka hati. jadi aku 'end up' duduk melangut kat dalam office tu. tapi tak pelah. at least aku belajar jugak tgk 'terms' yang aku tak tahu. banyak woo. bila aku tengok semua 'terms' tu, dah macam kat mana dah aku ni. =_="

tapi bila datang je senior aku tu, hah! hambek ko nak sangat. bagai nak rak buat semua kerja. minggu kedua memang berbeza giler ahh dengan minggu pertama. ok. hari isnin tu, senior aku ajar update segala macam benda dekat segala macam board. fuhhh... nasiblah aku dah enjoy rasa bosan giler2 masa minggu pertama tuh. lepas tu dia bawak aku tour around. tunjuk pelan lokasi, ini kat mana, itu kat mana. then dia perkenalkan aku pada projek yang dia kena buat. byk wohhh... most of it is kinda like doing quality analysis. heh! penat kot. semua benda ni bermula bile petang isnin tu kami-kami dipanggil oleh dot dot masuk meeting room. kat situ dia terangkan apa aku dengan senior aku kena buat. this and that and those... ok. lepas tu bermulalah sesi inspection/analysis watsoeva tu pada keesokkan harinya. dan semua tu berlarutan sampai lah hari khamis. fuhhh... penat... tapi dalam penat tu, banyak kott yang aku dapat belajar. sebab banyak sangat benda kena buat. and malam khamis tu aku mengerahkan segala tenaga mengunpul dan men'soft copy' kan semua data sebab jumaat tu kena bagi dekat dot dot. besoknya, dot dot panggil lagi masuk meeting room.

dan tanpa diberitahu tiba-tiba dot dot keluar ayat yang mengejutkan aku 'ok, you can present your data now'. GULPPPP!!! hambek ko!!! tiba-tiba kena present. nice2. fuhh... aku time tuh dah macam nasiblah labu. present jelah. dah lah aku yang buat analysis tu so tak leh lah nak mintak senior aku back up aku since dia ada projek dia jugak. last2, mati ke tak mati ke, kena marah ke tak kena marah ke, redha jelah. so, present jelah. Alhamdulillah, everything was running smoothly. hihi... trimas gila ahh kat senior aku tu sebab back up aku jugak. trimas2.

ok. itu jelah update. k2. adios~~~

Saturday, December 11, 2010

Eiii.... ko ni~~~

Salam

hoi hoi hai hai

"eh, kenapa ko suka sangat beli baju-baju ni, membazirlah. bukan ke semalam baru beli baju baru?"

"hai, asal masuk gaji je mesti ko pergi 'modify' kereta ko. buang duitlah."

"beli gelang lagi? awak ni tau beli gelang je. dah tak de benda lain lagi ke nak beli?"


korunk mesti pernah diajukan persoalan macam kat atas kan. well, normallah kalau soalan2 macam ni diajukan. sebab manusia tak pernah berpuas hati sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. tapi jangan lah melatah dulu kalau diajukan soalan macam ni. dan kepada yang suka ajukan soalan macam ni kat orang lain pun jangan lah cepat sangat ajukan soalan2 macam ni.

tak semua antara kita ada 'passion' yang sama. ko suka lain. aku suka lain. sama juga cara orang tu belanjakan duit diorang. macam aku, aku suka belanja kan duit aku pada barang2 elektronik macam 'external hard drive', 'upgrade laptop' and etc. kalau kawan aku diorang suka belanjakan duit diorang dengan beli baju ke, beli alat solek ke, makan ke. see, lain orang lain cara. (sebenarnyakan kita pun boleh tumpang passion diorang tau)

jadi bagi aku, agak tak berapa elok lah kalau tiba2 kita nak tanya kenapa diorang suka bazirkan duit beli apa yang diorang suka. lainlah kalau korang nampak kawan tu dah membeli tak ingat dunia tu memang wajiblah tegur. kasi ingat dunia akhirat sikit kan. nanti 'in the future' dia jugak yang kering kan.

tak salah membeli barang kesukaan kita, dan tak salah orang di sekeliling kita beli apa yang diorang suka, asalkan jangan sampai lupa diri dah lah kan. sebenarnya senang sangat nak amankan dunia ni. tapi yelah kan, yang jadi susahnya bila masing-masing nak juga ada benda yang tak puas hati dengan orang lain. kan senang kalau semua orang hormati orang lain. ni bukan hanya hormat pada pangkat dan kekayaan dia tau tapi juga hormat pada tabiat dan perangai dan hobi dan dan.... (heh, stop dan dan) . kira hormat secara keseluruhan lah.

jangan ada cemburu, lepas tu keluarkan soalan yang tak enak nak didengar orang yang mendengarnya tuh. kan dah buat orang lain sakit hati. apa yang aku perasanlah kan, tak susah sebenarnya nak jaga hati orang tapi apa yang menyukarkan semua tu bila diri ni biarkan je ego tu jadi raja. tak elok. ni termasuk orang yang nak dijaga hati tu. kalau bertolak ansur kan mudah. tak terseksa hidup nak jaga hati orang tau.

sangat senang nak mewujudkan suasana aman tu. tapi yelah, kita yang tak nak. so fikir-fikirkan lah...

orait. itu sahaja buat masa ini.

adios dan trimas!

Wednesday, December 8, 2010

WHAT!!!!

Salam

kembali... and this is the story of second day~~~

ehem2...

ok

let's start

nak start ape ye?

emmmm...

hahaha... saje nk memanjangkan post ni

ok2 let's really start

on my 2nd day, basically what i did is reading and reading and reading... TT___TT the whole morning was dedicated to read only... but sokeh lah since i got the review of the things that i should do for the next 8 months. and i found this note from 2008 senior... lucky me, at least i can have a review. reading all those thing on the desk is really tiring and boring because there are tons of terms that i never heard! see! quite hard. hope can see my senior soon lah... or else i'll die because of the boreness. T3T

heh, there are also tons of diagram you know. but i think i will understand it better if i can walk around and observe the real thing. and i'm thinking of doing that on my third day. so pray for me lah so i can do that at least before this week end. (x yah lah aku penat2 nak kna perah otak pikir ape nak letak dalam weekly report kan)

so, after that, luckily we were call into the meeting room. yeah... first project! nice2, feel so happy. even though it is just a campaign event, at least there is something i can do right! my first thought before came here is right. i better don't expect anything and just expect for the unexpected. and i was right. hahaha... good for me lah. so just wait till the date come and i'll tell about the event.

my other friends got to do the designing and ordering stuffs. basically logistic and promotion part lah. cool right. i need to work on the games and the booth. yup2... it's really like came back to my uni and start to do all those stuffs again and again. thank a lot to my uni for expose us with all those thing. tons of appreciation.

this week is just a week that i can enjoy being boring and enjoying here and there because once my senior come back, there are lots and lots of thing to do. let's hope it will be easy. so need to be well prepared before the new week come. again please pray for me yah.

ok2... dah penat pikir. tak nak tulis lagi dah. tunggu for the third day pulak. ok, adios and trimas~~~



i phone 4 - cantik bukan? hahaha



apple Imac - ini serius sape bagi kat aku mmg sgt2 lah aku appreciate org tuh... hahaha

p/s: skalik lagi aku saje nak berpoyo tunjuk gmbr kat akhir post... so cuci matalah ye. and sebelum terlupe gambar kat post ni ngan post before ni diambil dr google image. sekian.... trimas

Tuesday, December 7, 2010

Started Already?



Salam

on 6th December 2010 i started my first day of the internship.

nothing much happened. came early to the office. half day orientation, then another half day spent with the seniors in the office. got to know the staffs here and traveled around the place. filled up forms here and there. so basically it just a normal routine for new trainee on the first day.

my senior that suppose to guide me is on leave for a week so i guess there will be nothing much to do for the whole week. then my other senior discovered a note on his table. first unexpected thing. never thought of thing like this before. in the note, he said he left another message for me on the desktop. and guess what, it is a full 1 page length note! in that note, he leaved me some reminders and guides on what i should do on my first week during his leave. seems nothing much but quite a lot. haha.

from his note, i explored all the things that stated in the note and discovered a few things regarding my soon-to-be tasks. all about the manufacturing thingy. so i guess i'm a manufacturing engineer to-be.

oh, forgot to mention, they put me under liquid department, and my job scope is.... (still not clear but from the 'discovery' it seems like i'm gonna do inspection, control and stuff like that, maybe. just wait and see) then i only did some reading. and one more thing, my supervisor is superb busy on the first day so we only met her for a short time. then she passed us to our senior.

I think that's all from my first day. tonight i'll update about my 2nd day. just patiently wait for me yah! (^.~) ja ne.

finally~~~

Cute thing is irresistible ok!


whoever agree with me please buy me this figurines \(=^o^=)/


p/s: i know2, the pics are not representing the post... sokeh lah... just leave them there. they're cute what~~~

Friday, September 17, 2010

raya --> raya --> UTP?!

salam
wott wott

raya dah 2 minggu. cuti pun dh tak bersisa lagi. adoyaii... raya dah best dah. part yg tak berapa nak bestnya, cuti dah habis. (>.<) cepatlah dapat tempat intern pastu pergi intern. cepatlah habis ETP. cepatlah habis segala-galanya. daku dah muak. maaf ye semua atas pengaliran aura negatif ini. sila pergi cas kembali supaya anda ada lebih banyak cas positif. lantaklah. no matter what, life must be go on.

masuk blog orang, semua ceritera pasal raya. secara asasnya semua menglipurkan situasi raya mereka. bagus2. daku pula? hahaha... kamu rasa bagaimana? mari2 dengar ceritera penglipur lara...

hari pertama cuti
kewujudan di rumah nenda terchenta di shah alam. berbuka bersama keluarga handai secara pukal. perut boroi memang tak dapat dielakkan. begitulah nasib cuti pertama. kelihatan buku-buku tersusun cantik di dalam beg. tak terusik. kemas je.

hari kedua cuti
masih di rumah nenda. bergolek-golekan seperti ayam golek, berguling-gulingan seperti popia bersama sepupu. petang pergi jemput kekanda tercinta dari LCCT. masih berbuka di rumah nenda bersama keluarga handai.

hari ketiga cuti
jasad di shah alam lagi. tapi hari ni best sikit. pak saudara belanja berbuka. semua keluarga berkumpul. 16 orang semuanya. penuh oiii tempat tu. riuh rendah kami je yang bising. nice2. nasib si buku masih tersimpan rapi di dalam beg. apalah nasib kau kan buku.

hari keempat cuti
akhirnya beransur ke pasir puteh, kelantan. menemani kekanda. sungguh tidak ada kejadah yang dilakukan. berbuka di tempat best. heee... suka2. quote dari kekanda
"best giler ahh gini, bangun tido ade mknan, celik mate mknan depan mate. wahhh... suke2."
(-_-") beginilah kondisinya.

hari kelima cuti
kekanda dapat off day. apa lagi, balik kemaman lah pulak. ingat2 lah rumah tu. nice dapat tidur atas katil sendiri walaupun teruk kena lanyak malam tu. tapi takpe. home sweet home. hari ni berbuka di rumah mak saudara pulak. menu dia paling meletup. laksa kuah putih + nasi lauk udang sambal... fuhh... wott wott...

hari keenam cuti
hahaha... ini dah melawan arus. orang lain balik kampung, kami? pulang ke bandar. laporan trafik? hahaha... tiada kesan pada kami.

hari ketujuh cuti
berada di bandar raya kuala lumpur di jalan duta. ambil peluang bergolek-golek sekali lagi. langsai hutang bergolek itu. buku masih menerima nasib yang sama. masih dianak tirikan dan dikurung di dalam beg.

hari kelapan cuti
raya lah weyh. wott wott... shooting sana sini~~~ wott wott... masyuk2... rendang ayam kampung? check! nasi himpit? check! nasi arab ala-ala syria? check! sate goreng, kuah kacang? check! fuhh... resultnye? perut kenyang senang hati... lalalala... berat pun bertambah... lalalala (=.=')

dah2... sekarang masuk hari-hari kembali ke universiti!

hari pertama
walaweehh... hectic usah nak kata! keje beratur tunggu nak punch kad! pening2.

hari kedua
fuhh... siap satu benda, preparation for the test pulak! pergi rumah orang tu. best sangat. dapat makan nasi lemak, nasi himpap kuah kacang(ada daging wooo), ayam sambal dan kuih2 raya. Terima Kasih Nadrah \(=^.^=)/. Masakan ibu anda yang dibantu anda sangat sedap. terubat hati yang lara sebab kena balik sini tau. TQ2.

hari ketiga
apa lagi? buang masa je! pergi study sekarang! malam nanti ada test! aku pun pergilah study dengan semangat yang tak kunjung tiba. redha. study tetap kena study. fine malam ada test. bersama sahabat pergi berperang di tapak peperangan yang biasa, test room block N. confirm budak dari universiti aku tahu tempat ni.

hari keempat
cubaan menghantar assignment akhirnya menjadi episod motor tetiba tak hidup. matikah? ntahlah. janganlah weyh! treasure aku tu kot. berharga tu. nak tukar ngan kereta pun sayang tahu!

hari kelima
cubaan membaiki motor dengan membuka bateri, biar lama sikit, pastu pasang balik. result? T______T jadi, atas sebab kekecewaan, pergilah makan KFC dengan, ehemm2... sahabat dari sebelah, itu dia Basirah. yeah, sedap makan KFC ngan ko tadi Bash. Terima Kasih.

hari keenam
woit2.... mana ada lagi! hari ini adalah hari kelima. so keenam? tunggu dan lihat sajalah. we wait and see apa jadi. yosh~~~

mari-mari, kita translate kan skrip... lepas ni siapa nak aku buat skrip, kritik skrip, translate skrip bolehlah buat sendiri. baiklah. Terima kasih singgah dan baca. and Ja ne!

p/s: bila baca balik, macam ada something wrong je dengan kronologi kisah2 di atas. hurm...

Sunday, August 15, 2010

Evening Outing



Date : 15th August 2010
Location : UTP Circulation Jog
Team : Dqeen, Kak Lela, Yana, Fatin n Friend, Rayme
Gear : Canon EOS 1000D + Sony Alpha


Saturday, July 31, 2010

My Gadget

Salam.

Entri ini bukan utk bermegah-megah dengan apa yang aku ada. cuma untuk peringatan kepada diri aku sendiri betapa perlunya aku bersyukur dengan segala pemberian yang dikurniakan kepada aku.

List ini bermula selepas aku tamat pengajian di sekolah menengah dan PLKN

1. Compaq Presario V3000

given by : daddy
year of purchase : 2006
condition : still good, just the screen is already a bit off (=.=")
accessories : mouse
price : free
maintenance cost : RM500++


2. 2.5" External Hardrive 80 GB
given by : bought it by my own
year of purchase : 2007
condition : well behave but already gave it to my daddy
price : RM300++

3. Maxtor 2.5" 250GB
given by : bought it by my own
year of purchase : 2009
condition : very very well behave
price : RM190

4. 3.5" External Hardrive 500GB
given by : bought it using my own money
year of purchase : 2008
condition : well behave and empty
price : RM380++

5. 3.5" External Hardrive 1TB Western Digital
given by : bought by my own
year of purchase : 2010
condition : still new and 95% used
price : RM350 nett

6. Celcom Huawei Broadband Modem

given by : bought by my own
year of purchase : 2009
condition : well behave and nicely used
price : RM200++

7. Canon Pixma i1880

given by : my lovely daddy
year of purchase : 2006
condition : broken and need to be replaced with the new one (=,=")
price : free

8. DSLR Canon EOS 1000D

given by : bought by me, my dad, my sis
year of purchase : 2009
condition : so good
price : RM2100 (RM700x3)

9. PSP 2000 Metallic Blue

given by : bought by me and my sis
year of purchase : 2009
condition : nice and good
price : RM900++ (RM450x2)

10. Sony Walkman NWZ-B133F 1GB

given by : my sis
year of purchase : 2009
condition : very good and well behave
price : free

11. Sonic Gear Ear Pump

given by : my self
year of purchase : 2009
condition : handsomely
price : RM50x3

12. Mix Style Head Phone
given by : my own self
year of purchase : 2010
condition : broken (T____T)
price : RM50++


Mak aih... mana lah tak habis semua duit aku. T_____T tu tak termasuk shopping baju dengan benda lain lagi. adeh... patutlah banyak duit aku habis kaw2. sedihnya.... gila gadget kah aku ni? wahai pembaca sekalian, tolonglah jangan jadi macam aku ye. tapi aku rasa semua ni berbaloi sebab semua yang aku ada bagi kemudahan dekat aku. thank you my lovely and handsomely gadgets. i love all of you.

aku bukanlah anak taukeh balak mahupun taukeh kedai emas, apatah lagi taukeh bijih, aku cuma anak seorang guru sahaja. kehidupan aku hanyalah sederhana tapi Ya Allah, banyak ni dah aku keluarkan duit. GILA!!! memang GILA! dah-dah, jangan nak beli lagi benda2 macam ni. cukup2 lah tu. poket dah nak pokai dah, terkejut beruk aku. baru aku sedar. Ya Allah. apa lah nak jadi kat aku ni. dah2. stop buying all those gadget. simpan duit pulak sekarang ni. (=.=")



Wednesday, June 30, 2010

Is Life That Difficult?

Salam.

Is life that easy? it depends right? depends on how you take it and cope with it. if the paint is great, then you will end up great and be the second 'da vincci'. how about mine? right now, this particular seconds, honestly, it's a bit hard. i'm holding to much things. things that i should discuss. things that i should share. but i didn't. serve me right! haha

now i'm still in the phase of thinking whether i should discuss about it or not? ghiarghhhhhh!!!!!!!!! I think i should, but the other side of me would said no. then which should i pick? yes or no? maybe both. that's even more pathetic. you can keep things that you can hold on. but please, don't keep anything that may affected your surroundings. you feel guilty, express it, you know you made a mistake, admit it. and you know you pissed someone off, then apologize. what the heck is wrong with you. come on, ego won't bring you anywhere, it's just making things worst.

Wake up and open your eyes, see all those mistakes that you shouldn't made. think about it. know it well. DON'T RUN! don't be a chicken. face any problem that you have. learn how to solve it. learn how to talk about it. don't make the other pissed off because of you. it's just stupid. really2 stupid. unacceptable. i'm not angry with anybody, but i'm angry with someone inside me who always told me to do wrong things and i let it conquered my own self. now i realize the real meaning of "your rival is your own self". it's true. i can't deny it. the most difficult thing is fighting your own self. your own ego. arghhhhh! it hard.

no matter how hard it is, i need to find a good way to solve any conflicts, problems or misunderstandings so that people around me can be happy and i'm not making them piss off. Ya Allah, please, give me the strength. the powerful strength that i can have to fight my own self. i'm begging you. please Allah...

Wednesday, June 2, 2010

Merindui Dirimu... ( part three )

owait... dah sampai part 3. anda ingin tahu apa akan jadi? adakah cerita ini berciri telenovela? ouh... atau adakah cerita ini bertemakan persahabatan. kalau nak tau, silalah baca~~~


Merindui Dirimu___part 3

18th Januari 2010

Tepat pukul 7.10 pagi, sampailah kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Disinilah bermulanya latihan sebagai guru praktikal selama empat bulan. Aku mengetuai kumpulanku mendaftarkan diri di pejabat sekolah dan setelah perhimpunan selesai,kami ditugaskan ke sesi petang. “ Yeay, boleh bangun lambat,”bisikku pada Vinod. “ Hahaha, betul jugak,” balas Vinod. Tidakku sangka rupanya ada juga tujuh orang pelajar perempuan dari UPSI juga mendaftarkan diri sebagai guru praktikal hari ini. Mataku mula ligat mencari yang mana berkenan dihati, tapi sedihnya tidak ada seorang pun yang berjaya menawan hatiku yang comel ini. “ Hmmm,nampak gayanya solo lagi la aku,” kataku sendirian. “ Eyh,ko ni nak praktikal ke nak mengorat? ,sergah Sugan. “ Eyh,ko dengar pulak apa yang aku cakap tadi ye,hahaha,” “ Wey, lets go to canteen, check out all the food there,” balasku lalu kami bertiga bergerak ke kantin sekolah.

Disana aku berborak dengan En.Ridhwan guru sesi pagi sekolah. Katanya dia sangat gembira dengan kehadiran kami bertiga kerana bilangan guru lelaki di sekolah sangat sikit. Dia harap kami bertiga dapat bantu mereka apabila aktiviti disekolah diadakan. Kataku “ cikgu jangan risau,kami sedia membantu. Nanti bagitau je la ye,” Setelah loceng berbunyi,kami pulang ke rumah. Aku terus kebilikku dan pantas menghantar mesej kepada Hilmi.

- Bro, camne ko kat sekolah?-Boo

- Ok lar,ko dapat sesi petang ke pagi?-Hilmi

- Aku dapat sesi petang, tadi ada 7 bdk UPSI tapi semua tak cun ar,hahaha-Boo

- Ko ni,asyik jual minyak je,macam la ko hensem sgt nak cari yang cun aje.-Hilmi

- Eyh,aku hensem ape,hahaha. Ok lar wey,aku nak tido dah. Esok aku blh bgn lmbt,jgn jeles ye, hahaha.ok bye.-Boo

- X jeles pun la boo. Ok.bye-Hilmi

Tuesday, June 1, 2010

Merindui Dirimu ( part two )

Salam. baiklah, part 1 dah direlease. so sekarang ni part 2 pulak. so, let's check it out~~~


Merindui Dirimu____part 2

Awan mendung je pagi ni. Seolah-olah tahu yang aku ada briefing sebelum aku melangkah ke alam praktikal. Dan hari ini jugalah hari terakhir aku berjumpa dengan sahabat karibku Hilmi dan Hafidz. “ Boo, ko tinggal di Rawang tu elok-elok tau,kitorang takde ni jangan menangis pulak,” usik dua rakan karibku ini. “ Aku mesti ok punye, aku kan nak cari girlfriend yang cun kat sana. Mesti ramai cikgu Gstt yang cun punye,hahaha”, balasku sebelum kami semua berangkat ke tempat praktikal masing-masing. Destinasi mereka berdua ke Kuala Selangor manakala aku ke Rawang. Diharapkan dengan iringan doa pensyarah-pensyarah kami dapatlah kami menempuh alam praktikal dengan cemerlang sekaligus dapat mengharumkan lagi nama UNiSEL di mata dunia. Aku pasti akan merindui UNiSEL. Disinilah tempatku menuntut ilmu,belajar mengenali pelbagai jenis orang,belajar berdikari dan belajar menelan kepahitan hidup. “ Aku akan ingat UNiSEL sampai bila-bila, thanks for everything”,bisikku sebelum menghidupkan enjin kereta Kelisaku. Bergeraklah keretaku ke Bandar Tasik Puteri,Rawang.

“ Hey, Sugan, how is the house’s condition? Ok or not?” tanyaku kepada rakan serumahku yang baru di Rawang. “ Ok, no problem, I’m satisfied with my room,”. “ Ok la then, I go check my room first ok,” “Ok, no problem, I’ve also got things to do, balas Sugan sebelum masuk ke biliknya. Aku pun terus melangkah ke kamar tidurku. So far, I’m satisfied with my room. I got my own toilet and my room is a bit bigger compared to other two rooms which Vinod and Sugan stay. While I lay myself on my bed, I open my laptop to check if it have internet coverage using my broadband. Dapatlah jgk walaupun talian internet macam hidup segan mati tak mahu je. Di Bandar Tasik Puteri, tempatnya seperti sebuah bandar terpencil di kawasan Rawang ni. Tapi aku suka pemandangan disini. Tenang je rasanye sambil mendengar keriuhan kanak-kanak bermain. Aku harap aku dapat sesuaikan diri ditempat baru ini.

Sambil berbaring, fikiranku masih teringatkan pesanan arwah mak. “ Am, nanti bila Am dah besar, Am jadi cikgu ye,” nasihat arwah mak kepada diriku sebelum die pergi menghadap Ilahi enam tahun yang lalu. “Mak, Am dah tunaikan janji Am pada mak. Am janji Am akan jaga ayah dan adik baik-baik dan buat diorang bangga dengan Am, bisikku sendirian. Sejak arwah mak meninggal, ayahlah yang tentukan perjalanan hidupku selepas SPM. Aku hanya menurut kehendak ayah sahaja kerana aku pasti pilihan ayah adalah yang terbaik untukku. Sebelum tidur, aku kemaskan barang-barang untuk ke sekolah esok. Tak adalah lagi rutin harianku di UNiSEL seperti pergi ke kuliah, no more assignments tapi aku kena buat term paper jugak, no more played futsal at night, no more facilitator thing and no more camping. Segala kenangan manis dan pahit di UNiSEL takkan ku lupa sampai bila-bila.

Merindui Dirimu... ( part one )

Salam. ketemu lagi bersama semua. ye2. aku dah lama tak update blog. tapi sekarang blog ni akan diupdate. update dengan apa? kali ni blog ni akan di update dengan karya dari kekanda yang berada nun jauh di hulu Bachok sana :P. karya beliau yang bertajuk "Merindui Dirimu" akan mula dipost di blog ni secara berkala. so, everyone, please enjoy the story and please comment. (atas arahan penulis cerita ini :P)

Merindui Dirimu____part 1

“ Boo, ko dah ready nak praktikal belum ni? Aku nampak ko rileks je,mcm tak ada perasaan nak praktikal,” tanya Azmir kepadaku. “ Entah la Mir, aku pun tak tau nak rasa apa dah,” jawabku acuh tak acuh sahaja. Sambil membelek halaman Facebook yg menjadi ketagihanku masa kini. “ Layak ke aku jadi cikgu ni? Aku ni dah la budak jahat. Boleh ke aku jadi contoh yang baik untuk pelajarku nanti. Aku suka buat benda-benda yang orang lain tak pernah buat. Mencari masalah dengan orang adalah hobi aku di Unisel ni.” Ayah aku sendiri pernah berpesan “ Wan, ko nak buat apa pun ko buat la asalkan ko jangan buat ayah malu sudah. Abang sahaja la harapan ayah dan adik”. Aku masih lagi ingat pesanan ayah sampai sekarang. Ahh, malas la nak fikir, apa nak jadi, jadi la. “ Senn, nanti ko tolong aku kemaskan barang-barang aku eyh,ko kan baik. hehehe,” rayuku kepada teman serumahku, Senn. “ Yela, hang ni kalau tak kacau aku sehari tak sah kan,”. “ Ala ko ni, dengan aku yang hensem ni pun ko nak berkira.”balasku lalu gelak menyusul diantara kami bertiga.

p/s: fuhhh.... menarek gak cite ni kan? hurm.... ape jadi eh lepas ni? hah! kalu nak tau tunggulah part 2 die. (=^.^=)v