owait... dah sampai part 3. anda ingin tahu apa akan jadi? adakah cerita ini berciri telenovela? ouh... atau adakah cerita ini bertemakan persahabatan. kalau nak tau, silalah baca~~~
Merindui Dirimu___part 3
18th Januari 2010
Tepat pukul 7.10 pagi, sampailah kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Disinilah bermulanya latihan sebagai guru praktikal selama empat bulan. Aku mengetuai kumpulanku mendaftarkan diri di pejabat sekolah dan setelah perhimpunan selesai,kami ditugaskan ke sesi petang. “ Yeay, boleh bangun lambat,”bisikku pada Vinod. “ Hahaha, betul jugak,” balas Vinod. Tidakku sangka rupanya ada juga tujuh orang pelajar perempuan dari UPSI juga mendaftarkan diri sebagai guru praktikal hari ini. Mataku mula ligat mencari yang mana berkenan dihati, tapi sedihnya tidak ada seorang pun yang berjaya menawan hatiku yang comel ini. “ Hmmm,nampak gayanya solo lagi la aku,” kataku sendirian. “ Eyh,ko ni nak praktikal ke nak mengorat? ,sergah Sugan. “ Eyh,ko dengar pulak apa yang aku cakap tadi ye,hahaha,” “ Wey, lets go to canteen, check out all the food there,” balasku lalu kami bertiga bergerak ke kantin sekolah.
Disana aku berborak dengan En.Ridhwan guru sesi pagi sekolah. Katanya dia sangat gembira dengan kehadiran kami bertiga kerana bilangan guru lelaki di sekolah sangat sikit. Dia harap kami bertiga dapat bantu mereka apabila aktiviti disekolah diadakan. Kataku “ cikgu jangan risau,kami sedia membantu. Nanti bagitau je la ye,” Setelah loceng berbunyi,kami pulang ke rumah. Aku terus kebilikku dan pantas menghantar mesej kepada Hilmi.
- Bro, camne ko kat sekolah?-Boo
- Ok lar,ko dapat sesi petang ke pagi?-Hilmi
- Aku dapat sesi petang, tadi ada 7 bdk UPSI tapi semua tak cun ar,hahaha-Boo
- Ko ni,asyik jual minyak je,macam la ko hensem sgt nak cari yang cun aje.-Hilmi
- Eyh,aku hensem ape,hahaha. Ok lar wey,aku nak tido dah. Esok aku blh bgn lmbt,jgn jeles ye, hahaha.ok bye.-Boo
- X jeles pun la boo. Ok.bye-Hilmi
No comments:
Post a Comment