Salam. baiklah, part 1 dah direlease. so sekarang ni part 2 pulak. so, let's check it out~~~
Merindui Dirimu____part 2
Awan mendung je pagi ni. Seolah-olah tahu yang aku ada briefing sebelum aku melangkah ke alam praktikal. Dan hari ini jugalah hari terakhir aku berjumpa dengan sahabat karibku Hilmi dan Hafidz. “ Boo, ko tinggal di Rawang tu elok-elok tau,kitorang takde ni jangan menangis pulak,” usik dua rakan karibku ini. “ Aku mesti ok punye, aku kan nak cari girlfriend yang cun kat sana. Mesti ramai cikgu Gstt yang cun punye,hahaha”, balasku sebelum kami semua berangkat ke tempat praktikal masing-masing. Destinasi mereka berdua ke Kuala Selangor manakala aku ke Rawang. Diharapkan dengan iringan doa pensyarah-pensyarah kami dapatlah kami menempuh alam praktikal dengan cemerlang sekaligus dapat mengharumkan lagi nama UNiSEL di mata dunia. Aku pasti akan merindui UNiSEL. Disinilah tempatku menuntut ilmu,belajar mengenali pelbagai jenis orang,belajar berdikari dan belajar menelan kepahitan hidup. “ Aku akan ingat UNiSEL sampai bila-bila, thanks for everything”,bisikku sebelum menghidupkan enjin kereta Kelisaku. Bergeraklah keretaku ke Bandar Tasik Puteri,Rawang.
“ Hey, Sugan, how is the house’s condition? Ok or not?” tanyaku kepada rakan serumahku yang baru di Rawang. “ Ok, no problem, I’m satisfied with my room,”. “ Ok la then, I go check my room first ok,” “Ok, no problem, I’ve also got things to do, balas Sugan sebelum masuk ke biliknya. Aku pun terus melangkah ke kamar tidurku. So far, I’m satisfied with my room. I got my own toilet and my room is a bit bigger compared to other two rooms which Vinod and Sugan stay. While I lay myself on my bed, I open my laptop to check if it have internet coverage using my broadband. Dapatlah jgk walaupun talian internet macam hidup segan mati tak mahu je. Di Bandar Tasik Puteri, tempatnya seperti sebuah bandar terpencil di kawasan Rawang ni. Tapi aku suka pemandangan disini. Tenang je rasanye sambil mendengar keriuhan kanak-kanak bermain. Aku harap aku dapat sesuaikan diri ditempat baru ini.
Sambil berbaring, fikiranku masih teringatkan pesanan arwah mak. “ Am, nanti bila Am dah besar, Am jadi cikgu ye,” nasihat arwah mak kepada diriku sebelum die pergi menghadap Ilahi enam tahun yang lalu. “Mak, Am dah tunaikan janji Am pada mak. Am janji Am akan jaga ayah dan adik baik-baik dan buat diorang bangga dengan Am, bisikku sendirian. Sejak arwah mak meninggal, ayahlah yang tentukan perjalanan hidupku selepas SPM. Aku hanya menurut kehendak ayah sahaja kerana aku pasti pilihan ayah adalah yang terbaik untukku. Sebelum tidur, aku kemaskan barang-barang untuk ke sekolah esok. Tak adalah lagi rutin harianku di UNiSEL seperti pergi ke kuliah, no more assignments tapi aku kena buat term paper jugak, no more played futsal at night, no more facilitator thing and no more camping. Segala kenangan manis dan pahit di UNiSEL takkan ku lupa sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment