Saturday, December 11, 2010

Eiii.... ko ni~~~

Salam

hoi hoi hai hai

"eh, kenapa ko suka sangat beli baju-baju ni, membazirlah. bukan ke semalam baru beli baju baru?"

"hai, asal masuk gaji je mesti ko pergi 'modify' kereta ko. buang duitlah."

"beli gelang lagi? awak ni tau beli gelang je. dah tak de benda lain lagi ke nak beli?"


korunk mesti pernah diajukan persoalan macam kat atas kan. well, normallah kalau soalan2 macam ni diajukan. sebab manusia tak pernah berpuas hati sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. tapi jangan lah melatah dulu kalau diajukan soalan macam ni. dan kepada yang suka ajukan soalan macam ni kat orang lain pun jangan lah cepat sangat ajukan soalan2 macam ni.

tak semua antara kita ada 'passion' yang sama. ko suka lain. aku suka lain. sama juga cara orang tu belanjakan duit diorang. macam aku, aku suka belanja kan duit aku pada barang2 elektronik macam 'external hard drive', 'upgrade laptop' and etc. kalau kawan aku diorang suka belanjakan duit diorang dengan beli baju ke, beli alat solek ke, makan ke. see, lain orang lain cara. (sebenarnyakan kita pun boleh tumpang passion diorang tau)

jadi bagi aku, agak tak berapa elok lah kalau tiba2 kita nak tanya kenapa diorang suka bazirkan duit beli apa yang diorang suka. lainlah kalau korang nampak kawan tu dah membeli tak ingat dunia tu memang wajiblah tegur. kasi ingat dunia akhirat sikit kan. nanti 'in the future' dia jugak yang kering kan.

tak salah membeli barang kesukaan kita, dan tak salah orang di sekeliling kita beli apa yang diorang suka, asalkan jangan sampai lupa diri dah lah kan. sebenarnya senang sangat nak amankan dunia ni. tapi yelah kan, yang jadi susahnya bila masing-masing nak juga ada benda yang tak puas hati dengan orang lain. kan senang kalau semua orang hormati orang lain. ni bukan hanya hormat pada pangkat dan kekayaan dia tau tapi juga hormat pada tabiat dan perangai dan hobi dan dan.... (heh, stop dan dan) . kira hormat secara keseluruhan lah.

jangan ada cemburu, lepas tu keluarkan soalan yang tak enak nak didengar orang yang mendengarnya tuh. kan dah buat orang lain sakit hati. apa yang aku perasanlah kan, tak susah sebenarnya nak jaga hati orang tapi apa yang menyukarkan semua tu bila diri ni biarkan je ego tu jadi raja. tak elok. ni termasuk orang yang nak dijaga hati tu. kalau bertolak ansur kan mudah. tak terseksa hidup nak jaga hati orang tau.

sangat senang nak mewujudkan suasana aman tu. tapi yelah, kita yang tak nak. so fikir-fikirkan lah...

orait. itu sahaja buat masa ini.

adios dan trimas!

1 comment:

aiex sepet said...

eeiiii ko nih....duit msti abes gak kt figura2 kan? haha *cam bley agak je