Friday, March 19, 2010

kisah cinta ketika cuti


cuti ni, walaupun seminggu je, aku rasa tak cukup. dah lah balik awal, tapi tak pe aku ada urusan yang perlu dihabiskan bukannya saja-saja aku balik awal. eh kejap, title post ni pasal kisah cinta? OMG!!! ye ke? hakhak. yelah tuh. maaf lah ye. tajuk tak berkait sangat. hohoho....

sebenarnya entri ni adalah mengenai cuti aku. so adalah jugak kaitannya dengan tajuk. ye dak? aku habiskan cuti aku dengan hanya berada sehari sahaja secara betul-betul di rumah aku. the rest? hurm. balik dari universiti terus balik rumah. esokkannya, pergi terengganu. 2 hari duduk kat sana. then, lepas 2 hari tu pergi beli-belah tak boleh blah di kuantan. lepas tu baru merasa 24 jam duduk rumah. selepas 24 jam tu, get ready balik uni. T_____T

ada banyak kisah menarik ketika cuti ni. pertama, percutian ke kuala terengganu yang merupakan rumah kedua aku. aku melawat moyang aku dengan kakak, nenek dan tokki aku. hurm... moyang aku yang aku panggil tok tu, dah tua aku tengok. dah uzur dia. dia duduk dengan suami dia, tok ngah. tok ngah dah tak ingat aku. dia dah lupa pasal kitorang. sayu hati bila aku tengok betul-betul keadaan orang yang betul-betul dah tua dan uzur. hidup diorang berdua je kat rumah tu. tak ada orang lain dah. ada cucu dia ajak diorang duduk sekali, tapi diorang tak nak. sebab dia? senang je, sebab diorang tak nak sakitkan hati cucu dia. diorang seolah-olah tahu masalah yang mungkin terjadi kalau diorang duduk dengan cucu diorang. they might create a trouble. yelah kalau sekali dua tu mungkin boleh diterima. tapi diorang takut kalau diorang buat banyak kali akan menyebabkan cucu diorang marah pada diorang. see, the power of love of grandparents to their grandchildren.

bila tengok sendiri situasi macam tu, aku mula terfikir, macam mana aku nanti? apa aku akan jadi bila ayah aku dah tua? apa akan jadi bila ayah aku dah uzur? Ya Allah! aku takut. aku takut aku akan menjadi anak yang membuang ibubapa. Ya Allah, Kau jauhkanlah aku ya Allah. Kau jadikanlah aku anak yang solehah. aku mahu berbakti pada ayahku ya Allah. Kau berilah peluang Ya Allah kepadaku untuk berbakti pada ayahku. aku bermohon padaMu ya Allah. aku hanya ada ayah dan kakak ku ya Allah. Kau berikanlah aku peluang agar aku dapat menggembirakan mereka ya Allah, agar aku dapat berbakti pada mereka ya Allah.

tetiba je aku jadi trauma dengan masa depan. aku trauma dengan apa yang akan jadi lepas ni. untuk apa yang akan jadi dalam masa terdekat aku masih boleh terima, tapi, untuk jangka masa yang panjang, aku takut. aku tak tahu apa yang akan jadi. memang itu di luar kuasa manusia. manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. aku berharap trauma aku ni bukanlah sesuatu yang berpanjangan. mungkin segala perasaan yang tak tentu arah ni ada sebabnya. cuma aku yang tak tahu je lagi. cuak kot! haih....

masa pergi kuala terengganu tu, alhamdulillah, sempat ke pusara. pergi tanam pokok melur. harap pokok tu subur. rindu sangat. dah 6 tahun. tak sangka. memori pun macam sangat clear je pasal hari tu. every single thing. susah nak lupa. whatever it is, aku akan cuba jadi kuat. be strong to the people around me, so that they won't feel down. insyaAllah.

banyak benda yang aku fikirkan masa cuti ni. dah dekat 3 tahun aku kat universiti ni, tapi rupanya baru aku tahu, tak ramai yang tahu pasal aku. mungkin aku yang banyak rahsiakan banyak benda. insiden 6 tahun lepas tu, aku rasa hanya 2 orang je yang betul-betul tahu pasal insiden tu. aku mintak maaf korang semua. bukan aku tak nak berkongsi, tapi memang aku bukanlah jenis yang menceritakan banyak kisah aku pada orang lain. hanya pada yang tertentu je. tu pun bukan semua. cuma kadang-kadang bila ada soalan 'tu' diajukan pada aku, aku tak tahu nak membalas apa. kadang-kadang, aku hanya sekadar menyatakan hanya ayah aku je yang datang. entahlah. sangat susah nak keluarkan ayat 'tu'. mungkin sebab kesan dia sangat dalam. aku pun tak tahu. aku mintak maaf sangat-sangat andai ada di kalangan korang yang masih tak tahu pasal insiden tu. maafkan aku. bukan aku tak nak bagitau, tapi mungkin sebab aku belum bersedia. huhu...

dah-dah. tak mau emo terlebih terlajak-lajak. ni gambar yang aku sempat shot masa kat kuala terengganu. not so good, tapi bolehlah kalau nak cuci mata.



skill nak kna kasik tajam balik daa.... tapi not now. ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan. yosh. gambatte!!!

2 comments:

skunksenn zone said...

ehhh gambo dkt cameron mane??huhuhu

zikachiCOOL said...

ouhh.... ade ngan wani. x sempat nk transfer lg... hoho... tp x byk lah...huhu