salam
pernah saya menyertai satu perkhemahan. perkhemahan motivasi. dan saya sampai lambat atas sebab tertentu. dan pada malamnya ada kuliah dari seorang ustaz yang saya lupa nama beliau. mempunyai seorang isteri dan 2 orang putera. keluarga yang bahagia boleh saya katakan. namun, tak kala saya terpandang putera bongsunya, sang putera itu sangat istimewa. menambahkan lagi keindahan dalam keluarga tersebut yang dapat saya saksikan. sebak. siapalah saya untuk mengatakan itu ini tentang sang putera itu, namun pernah juga saya membaca blog yang penulisnya mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan ustaz itu. kira-kira saya putera bongsu ustaz itu mungkin sudah mencapai usia 2 tahun.
keluarga ustaz saya nampak sungguh bahagia. ustaz membawa keluarga beliau bersama ke kuliah yg akan diberinya. sang isteri setia berada di kalangan peserta bersama kedua-dua puteranya. comel. yang pertama mirip ustaz. yang kedua saya lihat mempunyai gabungan wajah ustaz dan isterinya. Ya Allah indahnya. begitu tabah keluarga ustaz. isterinya apatah lagi. sungguh tabah. mempunyai anak istimewa tidak lah mudah seperti yang kita sangka. saya sangat mengagumi mereka. mereka sangat tabah. mereka sangat bersyukur dengan apa yang mereka ada. sedih bila memikirkan masih ada golongan kuno yang memandang serong anak-anak istimewa ini. memang mereka istimewa, tapi mereka jauh lebih baik dari kita yang sempurna.
ada juga saya menyinggah di blog-blog sang ibu yang sungguh cekal dan tabah ini, mereka banyak mengajar saya tentang dunia. tentang apa yang ada di sekeliling saya. melihat anak ustaz, saya teringat anak-anak lain seperti nabilah, rayyan arif dan idris. mereka anak istimewa yang insyaAllah akan membantu ibu bapanya ke syurga. jika dilihat kecekalan kak noina membesarkan nabilah dah segala jerih perih yang beliau lalui, saya kagum. betapa cekal mereka ini. apatah lagi melihatkan isteri ustaz yang berada di sana. wajah seorang ibu yang tabah, dapat saya lihat di depan mata saya. begitu juga wajah ustaz yang bersyukur dan gembira dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepada nya membuatkan saya sedar betapa tenangnya hidup mereka, orang yang bersyukur. tak sempat saya bertanyakan nama sang putera itu kerana ada modul selepas kuliah tersebut.
dalam kuliah beliau, isteri ustaz menemani sang putera sulung dan putera yang bongsu itu diletakkan di tepi kami. wajahnya yang comel dan bersih membuatkan aku suka dengan nya. sedang ustaz memberi ceramah, sempat ustaz berinteraksi dengan puteranya itu, dan sang putera menyahut ayat abinya. indah sungguh saat itu. ya Allah, Kau berilah kemudahan kepada keluarga ustaz Ya Allah. sungguh indah. sebak ketika itu. mulalah aku teringat kisah nabila, idris dan ryyan. mereka juga istimewa. ibubapanya apatah lagi. mereka memang layak digelar supermoms and superdads. mereka menjadi inspirasi saya dalam kehidupan saya. mengajar saya untuk menerima apa yang ada dengan seadanya. dan tidak menghakimi mereka yang ada di sekeliling saya.
terima kasih ya Allah. Kau tunjukkan padaku ispirasi agar aku mampu mendekatkan diri ini lebih dekat dengan Mu ya Allah. Ya Allah, Kau terimalah taubatku ya Allah. sesungguhnya aku banyak membuat dosa ya Allah. aku menghakimi ciptaanmu secara tidak adil ya Allah. Kau ampunilah aku ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan mereka ya Allah. semoga nabilah, idris, ryyan, anak ustaz dan anak-anak istimewa lain diberi perlindungan dan nur dariMu ya Allah. Kau kurniakanlah keluarga mereka dengan kebahagian. aku bermohon padaMu ya Allah. sesungguhnya padaMu aku memohon. terima kasih ya Allah. terima kasih. terima kasih atas nikmat keluarga yang aku kecapi sekarang. segala yang telah berlaku adalah yang terbaik untukku. sesungguhnya segala dugaan adalah dariMu untukku agar menjadi tarbiyah untuk diri ini. supaya diri ini dapat bermuhasabah dan lebih dekat denganMu. terima kasih ya Allah.
No comments:
Post a Comment