Thursday, March 4, 2010

Aku kah aku?

Salam

Sudah hampir 21 tahun aku menapak di bumi. bermakna dah 21tahun aku mempunyai roh aku sendiri. roh yang pada mulanya hanya ada di dalam rahim seorang wanita, dan akhirnya dikurniakan jasad dan dilahirkan sebagai manusia. satu ciptaan yang indah. semua orang ada roh masing2 yang pernah hidup sebelum kehidupan kita. tetapi segala memori lepas sebelum kehidupan ini bagai dipendam dan di ganti dengan memori baru setibanya kita di alam manusia, di atas bumi. betapa lama masa sudah berlalu. maknanya dah 21 tahun aku bersama keluarga aku. ayah dan kakak aku. dan lagi beberapa hari genap 6 tahun kami hanya bertiga. 6 tahun... bukan jangka waktu yang dekat. anggaran aku 6 tahun telah bawa banyak perubahan dan perkembangan. dan dalam masa 6 tahun ini juga setiap perkara dulu tak pernah dapat aku padam.

cuti semester lepas, aku perasan, ayah dan keluarga aku, mereka semakin tua. dan aku dapat rasa penuaan mereka. terutama ayah aku. sebak. aku tak nampak apa yang akan datang nanti. aku sayang ayah dan kakak aku. sama juga dengan keluarga aku yang lain. sahabat2 aku. aku rindukan mereka. apatah lagi dia yang dah hampir 6 tahun aku tak ketemu. sampai sekarang, sangat sukar untuk aku menatap gambar dia tanpa ada setitis air mata yg tumpah. pasti tumpah. aku cuba untuk kuat sebab aku tahu, kalau aku tak kuat untuk keluarga aku, siapa lagi? yup dah 6 tahun. lama kan. fuhhh.... tak sangka masa berjalan cepat sangat. sedangkan memori aku pun masih segar dan setiap detik aku dapat ingat. susah. sangat susah. mudah bagi orang lain tapi tidak bagi aku. ya memang pada zahirnya aku nampah tabah, tapi itulah aku. zahirnya keras tapi di dalam kadang-kadang sangat rapuh.

tinggal berapa hari je lagi sebelum genap 6 tahun. tak sangka. dah 6 tahun. kesan tu, aku tak tau nak kata macam mana. masih ada. kesan fizikal yang kekal apatah lagi. sangat rindukan dia. aku tahu bukan aku seorang je yang rindukan dia. kakak aku, ayah aku, keluarga aku yang lain, semua rindukan dia. dah lama tak tengok wajah dia. tok wan aku pun dah makin tua. sama juga dengan nenek dan tokki aku. mereka semakin tua. sebak aku tengok diorang. aku boleh rasa proses-proses penuaan tu. aku boleh nampak. aku boleh rasa. ya Allah, aku memohon kekuatan dari-Mu untuk menghadapi segala dugaan ini. ayah aku pun aku boleh rasa proses penuaan dia. kadang-kadang benda ni buat aku sebak. aku rasa macam aku mencari-cari apa yang akan jadi pada masa akan datang. aku ni aku lagi ke? atau akan menjadi aku yang lain? adakah aku itu lebih baik dari aku sekarang? atau lebih teruk dari sekarang? aku takut. takut nak melihat ke depan. melihat terus ke masa depan. sebab aku takut aku akan jadi aku yang jahat. Nauzubillah... aku tak nak jadi macam tu.

sepanjang semester ni dah berjalan, banyak perubahan yang aku rasa berlaku dalam diri aku. yup, ada yang baik dan ada yang menjurus kepada tidak. Ya Allah, Kau bantulah aku agar aku istiqamah dalam ibadah ku. sedar tak sedar, lagi seminggu sebelum cuti pertengahan semester. cepat kan? serius aku rasa masa berjalan sangat cepat. dan sepanjang tempoh tu, aku rasa aku ada buat salah dekat orang di sekeliling aku. aku mintak maaf. bukan aku sengaja. mungkin atas sebab tertentu aku bertindak di luar kawalan aku sendiri. aku mengaku, sukar untuk aku mengawal roh aku. mengawal roh aku ni supaya tak ada anasir yang negatif yang boleh mempengaruhi roh aku. Ya Allah, aku hanyalah roh yang tak berjasad tapi Kau pinjamkan aku jasad ini agar aku dapat menjalankan amal ibadah dan bertaqwa kepada-Mu. sesungguhnya, nikmat yang aku ada adalah pinjaman dari-Mu ya Allah.

Universiti aku pulak makin lama makin bertambah-tambah majlis dan pelbagai lagi pertandingan dan sebagainya. aku mintak maaf sebab aku tak boleh bagi komitmen sepenuhnya pada semester ni. serius aku mintak maaf kepada semua. aku perlu menyelesaikan tanggungjawab yang utama ni dulu sebelum beralih ke tanggungjawab lain. harap kalian faham kondisi aku sekarang. aku mintak maaf. aku perlu fokus sekarang. dan sekiranya aku berjaya, insyaAllah aku akan cuba memberi komitmen sepenuhnya pada semester hadapan.

minggu depan aku akan menghadapi 3 ujian (EPM, PROBSTAT, dan MOM). ujian thermo tempoh hari aku rasa aku tak dapat menjawab dengan baik. mungkin sebab kes lepas yang masih terkesan pada aku. aku sangat berdebar. takut perkara lepas terjadi balik. aku tak nak. serius aku tak nak. cukuplah satu semester ni je aku rasa kesusahan dan kepahitan tu. aku tak nak benda ni berlarutan. besok mungkin ada 2 kuiz. fokus! mana fokus? aku perlukan kamu sekarang.

aku perasan satu perubahan yang agak besar dalam diri aku, aku lebih memikirkan diri sendiri. jika berbanding semester lepas, hidup aku boleh dikatakan seperti aku hidup kerana orang lain. dan segala dalam hidup aku adalah orang lain. sekarang alhamdulillah aku dikurniakan pertimbangan untuk menstabilkan di antara diri sendiri dan orang lain. bukan aku nak jadi seorang yang pentingkan diri tapi aku penat melayan kerenah orang lain yang kadang-kadang menyebabkan aku pening kepala memikirkan tentang mereka sedangkan aku tak ada kaitan pun dengan mereka.

banyaknya benda yang dah jadi sepanjang 21 tahun aku hidup dan celik. alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat yang melimpah ruah. aku dah makin tua. usia dah makin meningkat. ya aku mengaku aku dah makin tua. aku sedar bila usia aku meningkat, lagi banyak perkara yang perlu aku hadapi. sedia atau tak aku tetap kena bersedia. kadang-kadang keyakina tu hilang dan aku rasa diri ni macam sangat kerdil. kadang-kadang aku rasa aku tak sehebat orang lain. aku tahu persepsi ni bukanlah persepsi yang baik. aku cuba untuk naikkan keyakinan, cuma kadang-kadang mata yang memandang macam tak membenarkan semua tu. alhamdulillah, aku bersyukur sebab buat masa sekarang keyakinan tu masih ada di tempat yang aku perlukan. Alhamdulillah.

mungkin sudah tiba masanya aku bergerak selangkah ke hadapan dan melihat lebih jauh. hidup, cabaran, sedih, manis, pahit, cantik, semua aku akan lihat dan hadapi. insyaAllah aku akan cuba menjadi kuat sedaya aku boleh. terima kasih aku ucapkan pada sahabat-sahabat aku yang sentiasa menyokong aku. terima kasih. aku bersyukur sangat berjumpa dengan korang semua. aku tak tahu apa aku jadi kalau masa MAS dulu aku tak jumpa korang. terima kasih. korang banyak ajar aku banyak benda. hidup aku lagi bermakna dengan ada korang semua. terima kasih. aku sayang korang semua.

ayah, kakak, hana mintak maaf atas apa yang dah jadi. tapi yang lepas tu kita letak kat tepi dulu. sekarang yang penting terus pandang ke depan dan melangkah setapak demi setapak. hana tak kan hampakan ayah dan kakak lagi. hana mintak maaf. dan terima kasih, sebab seteruk mana pun hana, ayah dan kakak sentiasa ada dan sokong hana. terima kasih. susah ke senang ayah dengan kakak memang selalu ada. hana akan cuba yang terbaik untuk semester ni. hana kan cuba untuk dapatkan yang terbaik. insyaAllah. hana akan cuba sedaya upaya yang hana ada. doakan hana. doa ayah dengan kakak sangat hana perlukan sebagai peneman. doa ni je yang mampu menaikkan semangat hana semula. terima kasih ayah, kakak. hana sayang ayah dengan kakak.




4 comments:

asliani ahmad said...

something happen wit reason...
be strong dear~
=)

skunksenn zone said...

gudluck & b strong k :)

dqeen said...

zati u can do it.

Percaya pada usaha lebih, hasilnya akan memuaskan hati. InsyaAllah.

I have faith in u :)

dqeen said...

"bukan aku nak jadi seorang yang pentingkan diri tapi aku penat melayan kerenah orang lain yang kadang-kadang menyebabkan aku pening kepala memikirkan tentang mereka sedangkan aku tak ada kaitan pun dengan mereka."

dqeen likes this. thumbs up!