Salam
kita tahu, kat atas bumi ni ada banyak negara. ada banyak kaum. ada banyak bahasa. tapi pernah ke kita terbang ke sana? terbang mengenali budaya kaum yang lain? apa yang aku maksud kan bukanlah membeli tiket kapal terbang dan menghabiskan masa dan wang di sana untuk mengenali budayanya. tapi hanya dengan satu klik di hadapan komputer saja dah memadai. apa guna ada teknologi kalau dibiarkan. sia-sia!
perangai manusia memang pelik. aku sendiri ambil masa untuk mengenali perangai mereka. ada yang menarik, ada yang memeningkan kepala dan ada juga yang di luar jangkaan. tapi bagi aku tu semua bukan sesuatu yang di luar jangkaan. aku tahu aku kena bersedia berhadapan dengan mereka di luar yang lebih pelbagai tingkah laku nya. unik bukan? melangkah masuk ke alam universiti ni buat hidup aku menarik. semakin lama, pentas dunia semakin luas terbentang di hadapan aku. alhamdulillah aku diberi peluang untuk merasai dan melihat sendiri bagaimana pentas ini digubah. menarik. sangat menarik.
aku sangat pelik dengan manusia yang suka menghakimi orang lain tanpa melihat atau menyelidik dulu apa yang sebenarnya terjadi. yang lagi pelik ada juga orang yang membuat keputusan tanpa mendengar dahulu cerita dari kedua-dua belah pihak. bagi aku sendiri, aku lebih suka untuk mendengar cerita dari sudut pandangan banyak pihak dan bukan hanya pada pandangan sebelah pihak sahaja. aku lebih puas dan aku rasa aku dapat membuat keputusan yang lebih rasional apabila aku berbuat begitu.
aku bukanlah manusia yang sempurna tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik. aku akui aku tak mampu untuk memuaskan hati semua. jadi aku perlu tahu hati mana dulu yang perlu dipuaskan barulah aku boleh mlangkah setapak lagi ke hadapan. apa yang dah jadi kat aku sebelum ni betul-betul menyedarkan aku. aku bukan ameba yang boleh membelah diri kepada beberapa bahagian. aku cuma manusia yang bergerak ke mana-mana pun hanyalah satu jasad yang tak boleh dipisahkan. sebab tu aku cuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang walaupun aku tidak mampu.
di universiti aku baru-baru ni ada isu yang aku mengaku agak panas. tapi berbau agenda di sebalik cerita tersebut. aku tak tahu ape agendanya tapi aku nampak susunan rentetan isu tu macam sangat cantik. seolah-olah ada dalangnya. surat khabar? entahlah. aku tak mahu menghakimi sesiapa. isu tu pada mulanya menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati. tapi kan, surat khabar tu memang 100% boleh dipercayai ke? mangsa tu betul-betul mangsa ke? ke ada twist dalam plot cerita ni. menarik kan. aku nampak sebuah filem dari isu ni. wahh, statement ni mungkin akan mengundang ketidak puas hatian orang yang membaca penulisan ni. tapi memang benar. aku melihat seperti ada yang sedang bergembira melihat orang lain bersengketa. bukan aku nak menyatakan, mereka yang bersengketa ni berfikiran sempit, tidak sama sekali. mereka ada pemikiran mereka sendiri, cuma mungkin sesetengah isu akan menyebabkan mereka tak dapat membuat pandangan mereka rasional. itu hanya pendapat aku. apa yang aku lihat.
pentas dunia, semakin lama semakin menarik. dan menakutkan. lebih menakutkan dari cerita hantu yang wujud di panggung wayang. kitaran umum seolah-olah sudah hampir lengkap. aku mulai sedar rupanya kehidupan ni hanyalah satu kitaran yang berulang kembali. kitaran hidup aku seolah-olah kitaran hidup yang ayah aku pernah alami. bukan aku seorang yang berpengalaman begitu. teman sebilik aku pun mengakui perkara yang sama. Hebat tak hebat kuasa Allah, mencipta sesuatu yang begitu sempurna tapi tidak dilihat oleh hambaNya. Ya Allah, Kau jadikanlah aku seorang hamba yang solehah. sesungguhnya, hidupku, matiku, ibadahku dan kehidupanku adalah untukMu. dari sekecil-kecil kitaran bola kepada sebesar-besar kitaran galaksi berputar pada paksi nya mengikut kitaran yang telah ditetapkan. ALLAHUAKBAR!
melihat mereka menghakimi hanya dengan sebelah pihak membuat aku kecewa. kenapa tidak tunggu keseluruhan cerita? kenapa perlu mempercayai serta mendengar sebelah pihak sahaja? aku sendiri tidak berani menghakimi seseorang. adakah dia bersalah atau tidak. aku tidak nampak keseluruhan cerita dan aku hanya mendengar cerita yang boleh direka-reka oleh manusia. namun aku kadang-kadang aku perlu membuat keputusan juga dan aku harap keputusan aku adalah keputusan yang rasional.
mungkin ada point yang lari dari tajuk, tapi itu lah apa yang aku nampak dalam manusia sekarang. menakutkan. kita semua disogok sebanyak mungkin tapi kita tak perasan. hebat kan mereka. tapi tidaklah hebat sangat sebab mereka mengambil masa yang sangat lama untuk keluar dengan strategi begitu. cuma aku kesal, sahabat seagama aku seperti sangat menyukai mereka serta hasil karya mereka. tidak salah untuk berhibur tapi perlu kena tempatnya dan tidak melalaikan. aku baru sahaja selesai melihat cerita Avatar. jalan penceritaan yang menarik dan mempunyai 1001 satu makna di sebalik jalan ceritanya. banyak persamaan. terutama dengan apa yang sedang terjadi sekarang dan juga dengan apa yang tertulis di dalam Al-Quran. aku mungkin silap, tapi itu yang aku dapat lihat. sungguh mendalam cerita Avatar tu. orang yang melihatnya pula kagum dengan cerita tu. menarik. sangat menarik.
No comments:
Post a Comment