Thursday, January 28, 2010

Mama2... nak Handphone 1~~~

mesti ramai antara kita sekarang dah jadi hantu telefon bimbit a.k.a handphone. hohoho... jangan risau aku pun pernah mengalami symptom seperti itu. tapi tu dulu lah. sekarang aku dah bosan dengan gadget yang dipanggil handphone. sekarang handphone yang aku guna adalah nokia 6300 dan nokia 2630. kedua-dua nya adalah dari jenis slim candybar. nipis je. so memang senang terlekat di celah katil... (-_-")

nokia 6300

nokia 2630

jangan salah faham ye. ini bukan entri untuk menjual handphone tapi ini adalah entri untuk memperkenalkan anda pada jenis2 handphone yang ada di pasaran. pasaran handphone kalau anda perasan makin lama makin meningkat. buktinya? bagi aku bila handphone tu nak dijual semula ke kedai harganya akan drop dengan sangat drastic, so itulah buktinya pasaran handphone makin meningkat. tengok je keliling kita, bukan je orang muda tapi yang tua malah yang masih kanak2 pun ada handphone. jeles dowh bila tengok budak2 umur baru nak masuk tadika dah ada handphone. aku pun bila dah form 3 baru ada handphone. tu pun asyik on off je. penggunaannya hanya terhad pada sesuatu yang aku boleh katakan macam membuang masa lah jugak kan. huhu... tapi tu dululah. sekarang ni kalau korang tanya kawan2 aku pun diorang akan kata diorang fed up kalau call aku sebab aku memang jenis susah angkat phone. yelah, sepertinya sangat2 malas nak letak handphone dalam mode berbunyi. aku lagi prefer letak handphone aku dalam mode silent. :P

ok2. kembali kepada motif entri ni. ye2 aku tahu aku dah menyimpang. hakhak. maaflah ye. baiklah sekarang biar aku terangkan. handphone ada 4 jenis am

1- candy bar - ini sama macam handphone aku. jenis yang tak perlu bukak tutup, bukak tutup. jenis yang x de protection pada keypad dia. tapi yang best pasal handphone ni, segala kecantikkan, kehenseman, kekacakkan memang sangat terserlah~~~ ;P


2- clamshell - seperti namanya, jenis handphone ini adalah jenis yang boleh bukak-tutup, bukak-tutup. alaa yang macam laptop tu. macam tu lah. sangat sesuai dengan wanita. bagi akulah, kalau lelaki pakai handphone clamshell ni macam pelik tapi bukanlah sampai nampak sangat janggal. satu sebab lagi sebab golongan wanita ni lagi teliti penjagaannya sebab tulah clamshell ni lebih sesuai kepada golongan wanita.


3- slide- aku bukanlah no.1 fan untuk handphone jenis ni. handphone jenis ni adalah handphone jenis main slide2. comel tapi untuk orang macam aku memang sangatlah tak sesuai. handphone ni pada pendapat aku sesuai dengan orang yang jenis berjiwa remaja. nampak sangat cool bila orang tu main slide2 handphone dia. tapi bagi aku orang yang nak memiliki handphone jenis ni mestilah seorang yang teliti dan sayang pada harta benda dia. sebabnya? sebab handphone jenis ni skrin dia cepat rosak. sepanjang pengalaman aku dengan kawan2 yang pakai handphone jenis ni, hanya yang jenis lemah lembut je survive dalam menggunakan handphone jenis ni. tapi still handphone ni sebenarnya cool tapi yelah, memang tak sesuai dengan orang yang ganas macam aku.


4- twist - jenis ni bagi aku amatlah merbahaya. itu kalau aku lah yang pakai. sebab aku rasa kalau aku pakai hanphone jenis ni mungkin hanya bertahan tak sampai setahun. hoho. tapi handphone ni sebenarnya stylo. memang jenis yang ada style. kakak aku pakai handphone jenis ni. and so far dia pakai oklah tapi dah berapa kali kena hantar kedai sebab nak kena repair skrin dia. hohoho... hanya orang yang sesifat pengguna handphone slide je boleh guna handphone jenis ni. so untuk orang yang macam aku memang jawapannya adalah no-no-no


orait... rasanya ini je dulu yang aku boleh share. nanti bila ada masa lain aku share lagi dengan korang semua. (=^.^=)

p/s: ni semua adalah based on my opinion ye. lain orang lain gayanya~~~



4 comments:

dqeen said...

o/ sye punya slide n candybar!

zikachiCOOL said...

hohoho.... candybar is the best~~~

KyKiske said...

teringat talipon skrin biruku..

zikachiCOOL said...

nokia 3310i ~~~