Thursday, January 28, 2010

Mama2... nak Handphone 1~~~

mesti ramai antara kita sekarang dah jadi hantu telefon bimbit a.k.a handphone. hohoho... jangan risau aku pun pernah mengalami symptom seperti itu. tapi tu dulu lah. sekarang aku dah bosan dengan gadget yang dipanggil handphone. sekarang handphone yang aku guna adalah nokia 6300 dan nokia 2630. kedua-dua nya adalah dari jenis slim candybar. nipis je. so memang senang terlekat di celah katil... (-_-")

nokia 6300

nokia 2630

jangan salah faham ye. ini bukan entri untuk menjual handphone tapi ini adalah entri untuk memperkenalkan anda pada jenis2 handphone yang ada di pasaran. pasaran handphone kalau anda perasan makin lama makin meningkat. buktinya? bagi aku bila handphone tu nak dijual semula ke kedai harganya akan drop dengan sangat drastic, so itulah buktinya pasaran handphone makin meningkat. tengok je keliling kita, bukan je orang muda tapi yang tua malah yang masih kanak2 pun ada handphone. jeles dowh bila tengok budak2 umur baru nak masuk tadika dah ada handphone. aku pun bila dah form 3 baru ada handphone. tu pun asyik on off je. penggunaannya hanya terhad pada sesuatu yang aku boleh katakan macam membuang masa lah jugak kan. huhu... tapi tu dululah. sekarang ni kalau korang tanya kawan2 aku pun diorang akan kata diorang fed up kalau call aku sebab aku memang jenis susah angkat phone. yelah, sepertinya sangat2 malas nak letak handphone dalam mode berbunyi. aku lagi prefer letak handphone aku dalam mode silent. :P

ok2. kembali kepada motif entri ni. ye2 aku tahu aku dah menyimpang. hakhak. maaflah ye. baiklah sekarang biar aku terangkan. handphone ada 4 jenis am

1- candy bar - ini sama macam handphone aku. jenis yang tak perlu bukak tutup, bukak tutup. jenis yang x de protection pada keypad dia. tapi yang best pasal handphone ni, segala kecantikkan, kehenseman, kekacakkan memang sangat terserlah~~~ ;P


2- clamshell - seperti namanya, jenis handphone ini adalah jenis yang boleh bukak-tutup, bukak-tutup. alaa yang macam laptop tu. macam tu lah. sangat sesuai dengan wanita. bagi akulah, kalau lelaki pakai handphone clamshell ni macam pelik tapi bukanlah sampai nampak sangat janggal. satu sebab lagi sebab golongan wanita ni lagi teliti penjagaannya sebab tulah clamshell ni lebih sesuai kepada golongan wanita.


3- slide- aku bukanlah no.1 fan untuk handphone jenis ni. handphone jenis ni adalah handphone jenis main slide2. comel tapi untuk orang macam aku memang sangatlah tak sesuai. handphone ni pada pendapat aku sesuai dengan orang yang jenis berjiwa remaja. nampak sangat cool bila orang tu main slide2 handphone dia. tapi bagi aku orang yang nak memiliki handphone jenis ni mestilah seorang yang teliti dan sayang pada harta benda dia. sebabnya? sebab handphone jenis ni skrin dia cepat rosak. sepanjang pengalaman aku dengan kawan2 yang pakai handphone jenis ni, hanya yang jenis lemah lembut je survive dalam menggunakan handphone jenis ni. tapi still handphone ni sebenarnya cool tapi yelah, memang tak sesuai dengan orang yang ganas macam aku.


4- twist - jenis ni bagi aku amatlah merbahaya. itu kalau aku lah yang pakai. sebab aku rasa kalau aku pakai hanphone jenis ni mungkin hanya bertahan tak sampai setahun. hoho. tapi handphone ni sebenarnya stylo. memang jenis yang ada style. kakak aku pakai handphone jenis ni. and so far dia pakai oklah tapi dah berapa kali kena hantar kedai sebab nak kena repair skrin dia. hohoho... hanya orang yang sesifat pengguna handphone slide je boleh guna handphone jenis ni. so untuk orang yang macam aku memang jawapannya adalah no-no-no


orait... rasanya ini je dulu yang aku boleh share. nanti bila ada masa lain aku share lagi dengan korang semua. (=^.^=)

p/s: ni semua adalah based on my opinion ye. lain orang lain gayanya~~~



Tahniah!

entah apa lah nak jadi kat aku ni. pertama sekali aku nak ucapkan tahniahlah kepada diri sendiri sebab berjaya 'membunuh diri' dengan sukses sekali. T___T sedih wooo.... tapi apa boleh aku buat? mengangis sampai bengkak biji mata? of couse lah semua tu dah jadi tak guna. useless dowh. tapi aku mengakulah, memang salah aku. bukan aku yang tak boleh buat tapi aku yang tak nak. nah!!! ambik ko!!! kan dah kena penangan naruto~~~

jadi sekarang, hidup aku dah makin bertambah payah dan sendat bak tin sardin. yelah, orang lain ambik sikit subjek tapi aku kena tambah subjek. hambik ko nak sangat. aku mengaku memang sedih especially sebab aku buat orang yang aku sayang kecewa. memanglah diorang kata tak apa tapi aku tahu aku dah kecewakan diorang. T____T sob sob. so sekarang nak tak nak aku tetap kena survive no matter what happen. kena dapatkan result yang giler best (3.75-4.0). kalau tak aku akan melepas untuk merasa peluang sekali seumur hidup untuk merasa dapat degree first class honor.

aku sangat sebak bila aku bagi tahu ayah dan kakak aku. sedih kot. tapi aku bersyukur sangat sebab aku dikurniakan ayah dan kakak yang aku boleh katakan sangat cool dan sporting serta sangat2 supportive. insyaAllah for this sem, i'll try my best to fix everything. yup, everything. insyaAllah. Ya Allah, Kau kurniakanlah aku sifat istiqamah agar aku sentiasa istiqamah dalam ibadah ku serta perbuatan ku. amin... korang, doakan aku jugak ye.


Monday, January 4, 2010

pondan? bapuk? lembut?

salam...

kenapa kadang-kadang kita akan pandang jelik lelaki lembut? atau pun perempuan yang kasar? allooo cik abang cik adik, meh sini cik kiah nak bagitau. baca situasi yg cik kiah bagi ni.

situasi 1

di sebuah warung di pinggir bandar, abu (seorang lelaki lembut yang memegang gelas dengan jari kelingkingnya terangkat you) sedang lepak menghirup teh tarik nya dengan aman. sedang abu menikmati keamanan miliknya, muncul mail (lelaki badget macho dengan muscle yang berketul-ketul kononya sangat masculine) bersama kawan2 nya datang menggugat keamanan si abu. mail mencemuh abu yang lembut itu dan tak henti2 mentertawakan abu. ketika mail enak menggelakkan abu, tiba-tiba melintas tikus di bawah meja mail. mail pun apa lagi, menjerit ketakutan dek kerana tikus tu hingga terkinja-kinja si mail melompat mencari kerusi. si abu pulak apa lagi terus meminta penyapu untuk menghalau tikus tadi. apabila abu selesai menghalau tikus itu, semua pandangan terpaku tertumpu ke arah mail yang ketakutan di atas meja.

the moral of the story : jangan duk sedap2 nak gelakkan orang, kutuk orang. cermin diri tu sendiri dulu. tak semestinya macho itu gentleman dan tak semestinya lembut itu bukan gentleman. paham!!!


situasi 2 (masih lagi menggunakan watak di situasi 1 sebab penulis malas nak cipta banyak watak)

abu sedang bersiap-siap untuk keluar rumah ketika mail datang dan mula mengutuk abu. kaw2 punya kutuk lah. tak percaya? baca ni:

mail : auw.... awek abu nak pergi mana... lawa kain pelikat pakai... auw...

abu : (hanya mendiamkan diri sebab malas nak layan orang macam mail)

mail : ala cik abu ni jual mahal lah pulak yer.... (sambil gelak terbahak2 terguling2 bak tenggiling)

tiba-tiba muncul pak imam

pak imam : oi mail ko buat apa tu?

mail : takde pape pak imam, ni hah cik abu kita ni, punyalah lawa pakai baju melayu pink, auw... dengan kain pelikat pink... (gelak kuat2 tuk sakitkan hati si abu)

pak imam : oit mail. ko ni, kalau tak kacau si abu ni tak boleh ke? kalau nak dibandingkan kau dengan si abu ni, aku lagi rela si abu ni jadi suami anak aku yang hot tu!

mail : alah pak imam, laki lembut macam abu ni nak buat menantu? mintak simpang jauh lah pak imam oiii...

pak imam : buat kau jadi menantu lagi lah, tak ada simpang pun mintak jauh lah ko dari anak keturunan aku. si abu ni bukan macam ko, lembut2 dia, selalu turun masjid buat amal ibadat. ko? turun masjid? pijak tanah luar masjid pun setahun sekali...

mail : adeh!!! (-_-") terkena aku

pak imam pun beredar ke masjid bersama abu yang senyum kepuasan...

the moral of the story: emmm... sama macam situasi 1 kot cuma, jangan nak sedap mulut mengata orang kalau diri sendiri tu lagi teruk!

*ini adalah kisah benar yang direka semata-mata oleh penulis, dan kisah ini ada kaitan dengan watak imaginasi penulis sahaja.

p/s : ni hanyalah ingatan untuk aku dan jugak pembaca yang lain. "Peace no War" (^.^)v

Dua 0 Satu 0

salam...
apa tu? dua 0 satu 0? chelsea lawan manU ke? hakhak... yolah tuh... itu kan 2010... sekarang dah empat hari melangkah tahun 2010. hurm... bila tengok balik dah mcm usia aku kalu kosong itu dibuang... ohh... tidak2... aku muda lagi. kulit pun anjal tanpa kedutan lagi tau... haha... jangan marah. aku ni ni bukan orang yang selalu perasan2 seperti ini. wakaka... bagilah peluang kepada insan yang satu ini. (ini memang ternyata gedik~~~)

di sini ada satu pengaduan yang hendak dibuat. ok. flickr ku yang dah wujud agak lama dah lama tak disajikan dengan foto-foto yang best. entahlah. aku gian sangat nak dapatkan gambar yang best. tapi kenapa asyik ada je yang mengganggu? sedihnya... bila lah lagi aku boleh upload gmbr best kat flickr tu? T__T sekarang pulak bila aku ambik gambar macam dah tak best kualiti gambar tu. alahai... apa dah jadi kat aku ni. uhuuuu...

lagi 3 hari nak pulang ke kolej. (chewahhh, pulang tu) rasa macam tak puas je cuti ni. cuti kali ni aku lebih banyak menghidap mood yang tak tentu arah. kejap bosan, kejap emo, kejap itu, kejap ini, kejap gitu, kejap gini, kejap kejap kejap... hahaha... jangan pening ye.... banyak benda yang nak aku buat masa cuti kali ni cuma tak berkesempatan sangat. check list yang aku buat pun seperti tak cukup masa je nak siapkan. macam mana ni? T___T (sambil menghembus hingus) apa yang aku boleh buat sekarang adalah buat je apa yang sempat. yang tak sempat tu sambung next sem break. yang penting sekarang, "KERJASAMA~~~". bukan tulah~~~ (-_-") yang penting aku akan cuba baiki diri so that tahun ni bukanlah tahun yang horror dan thriller bagi diri aku macam tahun lepas.

seriously tahun lepas memang sangat2 gila. aku mengaku ini salah aku sendiri. siapa suruh buat kerja gila? "bunuh diri"? adeh... T___T sekarang aku cuak bagai nak rak tunggu result. apa lah result aku nanti. aku sangat mengharapkan aku tak fail mana-mana subjek. adusss... this year should be far way better than last year.

ok... maaf lah ye. tajuk sungguh tiada kaitan dengan hasil penulisan~~~ klah... chiow~~~