Wednesday, June 30, 2010

Is Life That Difficult?

Salam.

Is life that easy? it depends right? depends on how you take it and cope with it. if the paint is great, then you will end up great and be the second 'da vincci'. how about mine? right now, this particular seconds, honestly, it's a bit hard. i'm holding to much things. things that i should discuss. things that i should share. but i didn't. serve me right! haha

now i'm still in the phase of thinking whether i should discuss about it or not? ghiarghhhhhh!!!!!!!!! I think i should, but the other side of me would said no. then which should i pick? yes or no? maybe both. that's even more pathetic. you can keep things that you can hold on. but please, don't keep anything that may affected your surroundings. you feel guilty, express it, you know you made a mistake, admit it. and you know you pissed someone off, then apologize. what the heck is wrong with you. come on, ego won't bring you anywhere, it's just making things worst.

Wake up and open your eyes, see all those mistakes that you shouldn't made. think about it. know it well. DON'T RUN! don't be a chicken. face any problem that you have. learn how to solve it. learn how to talk about it. don't make the other pissed off because of you. it's just stupid. really2 stupid. unacceptable. i'm not angry with anybody, but i'm angry with someone inside me who always told me to do wrong things and i let it conquered my own self. now i realize the real meaning of "your rival is your own self". it's true. i can't deny it. the most difficult thing is fighting your own self. your own ego. arghhhhh! it hard.

no matter how hard it is, i need to find a good way to solve any conflicts, problems or misunderstandings so that people around me can be happy and i'm not making them piss off. Ya Allah, please, give me the strength. the powerful strength that i can have to fight my own self. i'm begging you. please Allah...

Wednesday, June 2, 2010

Merindui Dirimu... ( part three )

owait... dah sampai part 3. anda ingin tahu apa akan jadi? adakah cerita ini berciri telenovela? ouh... atau adakah cerita ini bertemakan persahabatan. kalau nak tau, silalah baca~~~


Merindui Dirimu___part 3

18th Januari 2010

Tepat pukul 7.10 pagi, sampailah kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Disinilah bermulanya latihan sebagai guru praktikal selama empat bulan. Aku mengetuai kumpulanku mendaftarkan diri di pejabat sekolah dan setelah perhimpunan selesai,kami ditugaskan ke sesi petang. “ Yeay, boleh bangun lambat,”bisikku pada Vinod. “ Hahaha, betul jugak,” balas Vinod. Tidakku sangka rupanya ada juga tujuh orang pelajar perempuan dari UPSI juga mendaftarkan diri sebagai guru praktikal hari ini. Mataku mula ligat mencari yang mana berkenan dihati, tapi sedihnya tidak ada seorang pun yang berjaya menawan hatiku yang comel ini. “ Hmmm,nampak gayanya solo lagi la aku,” kataku sendirian. “ Eyh,ko ni nak praktikal ke nak mengorat? ,sergah Sugan. “ Eyh,ko dengar pulak apa yang aku cakap tadi ye,hahaha,” “ Wey, lets go to canteen, check out all the food there,” balasku lalu kami bertiga bergerak ke kantin sekolah.

Disana aku berborak dengan En.Ridhwan guru sesi pagi sekolah. Katanya dia sangat gembira dengan kehadiran kami bertiga kerana bilangan guru lelaki di sekolah sangat sikit. Dia harap kami bertiga dapat bantu mereka apabila aktiviti disekolah diadakan. Kataku “ cikgu jangan risau,kami sedia membantu. Nanti bagitau je la ye,” Setelah loceng berbunyi,kami pulang ke rumah. Aku terus kebilikku dan pantas menghantar mesej kepada Hilmi.

- Bro, camne ko kat sekolah?-Boo

- Ok lar,ko dapat sesi petang ke pagi?-Hilmi

- Aku dapat sesi petang, tadi ada 7 bdk UPSI tapi semua tak cun ar,hahaha-Boo

- Ko ni,asyik jual minyak je,macam la ko hensem sgt nak cari yang cun aje.-Hilmi

- Eyh,aku hensem ape,hahaha. Ok lar wey,aku nak tido dah. Esok aku blh bgn lmbt,jgn jeles ye, hahaha.ok bye.-Boo

- X jeles pun la boo. Ok.bye-Hilmi

Tuesday, June 1, 2010

Merindui Dirimu ( part two )

Salam. baiklah, part 1 dah direlease. so sekarang ni part 2 pulak. so, let's check it out~~~


Merindui Dirimu____part 2

Awan mendung je pagi ni. Seolah-olah tahu yang aku ada briefing sebelum aku melangkah ke alam praktikal. Dan hari ini jugalah hari terakhir aku berjumpa dengan sahabat karibku Hilmi dan Hafidz. “ Boo, ko tinggal di Rawang tu elok-elok tau,kitorang takde ni jangan menangis pulak,” usik dua rakan karibku ini. “ Aku mesti ok punye, aku kan nak cari girlfriend yang cun kat sana. Mesti ramai cikgu Gstt yang cun punye,hahaha”, balasku sebelum kami semua berangkat ke tempat praktikal masing-masing. Destinasi mereka berdua ke Kuala Selangor manakala aku ke Rawang. Diharapkan dengan iringan doa pensyarah-pensyarah kami dapatlah kami menempuh alam praktikal dengan cemerlang sekaligus dapat mengharumkan lagi nama UNiSEL di mata dunia. Aku pasti akan merindui UNiSEL. Disinilah tempatku menuntut ilmu,belajar mengenali pelbagai jenis orang,belajar berdikari dan belajar menelan kepahitan hidup. “ Aku akan ingat UNiSEL sampai bila-bila, thanks for everything”,bisikku sebelum menghidupkan enjin kereta Kelisaku. Bergeraklah keretaku ke Bandar Tasik Puteri,Rawang.

“ Hey, Sugan, how is the house’s condition? Ok or not?” tanyaku kepada rakan serumahku yang baru di Rawang. “ Ok, no problem, I’m satisfied with my room,”. “ Ok la then, I go check my room first ok,” “Ok, no problem, I’ve also got things to do, balas Sugan sebelum masuk ke biliknya. Aku pun terus melangkah ke kamar tidurku. So far, I’m satisfied with my room. I got my own toilet and my room is a bit bigger compared to other two rooms which Vinod and Sugan stay. While I lay myself on my bed, I open my laptop to check if it have internet coverage using my broadband. Dapatlah jgk walaupun talian internet macam hidup segan mati tak mahu je. Di Bandar Tasik Puteri, tempatnya seperti sebuah bandar terpencil di kawasan Rawang ni. Tapi aku suka pemandangan disini. Tenang je rasanye sambil mendengar keriuhan kanak-kanak bermain. Aku harap aku dapat sesuaikan diri ditempat baru ini.

Sambil berbaring, fikiranku masih teringatkan pesanan arwah mak. “ Am, nanti bila Am dah besar, Am jadi cikgu ye,” nasihat arwah mak kepada diriku sebelum die pergi menghadap Ilahi enam tahun yang lalu. “Mak, Am dah tunaikan janji Am pada mak. Am janji Am akan jaga ayah dan adik baik-baik dan buat diorang bangga dengan Am, bisikku sendirian. Sejak arwah mak meninggal, ayahlah yang tentukan perjalanan hidupku selepas SPM. Aku hanya menurut kehendak ayah sahaja kerana aku pasti pilihan ayah adalah yang terbaik untukku. Sebelum tidur, aku kemaskan barang-barang untuk ke sekolah esok. Tak adalah lagi rutin harianku di UNiSEL seperti pergi ke kuliah, no more assignments tapi aku kena buat term paper jugak, no more played futsal at night, no more facilitator thing and no more camping. Segala kenangan manis dan pahit di UNiSEL takkan ku lupa sampai bila-bila.

Merindui Dirimu... ( part one )

Salam. ketemu lagi bersama semua. ye2. aku dah lama tak update blog. tapi sekarang blog ni akan diupdate. update dengan apa? kali ni blog ni akan di update dengan karya dari kekanda yang berada nun jauh di hulu Bachok sana :P. karya beliau yang bertajuk "Merindui Dirimu" akan mula dipost di blog ni secara berkala. so, everyone, please enjoy the story and please comment. (atas arahan penulis cerita ini :P)

Merindui Dirimu____part 1

“ Boo, ko dah ready nak praktikal belum ni? Aku nampak ko rileks je,mcm tak ada perasaan nak praktikal,” tanya Azmir kepadaku. “ Entah la Mir, aku pun tak tau nak rasa apa dah,” jawabku acuh tak acuh sahaja. Sambil membelek halaman Facebook yg menjadi ketagihanku masa kini. “ Layak ke aku jadi cikgu ni? Aku ni dah la budak jahat. Boleh ke aku jadi contoh yang baik untuk pelajarku nanti. Aku suka buat benda-benda yang orang lain tak pernah buat. Mencari masalah dengan orang adalah hobi aku di Unisel ni.” Ayah aku sendiri pernah berpesan “ Wan, ko nak buat apa pun ko buat la asalkan ko jangan buat ayah malu sudah. Abang sahaja la harapan ayah dan adik”. Aku masih lagi ingat pesanan ayah sampai sekarang. Ahh, malas la nak fikir, apa nak jadi, jadi la. “ Senn, nanti ko tolong aku kemaskan barang-barang aku eyh,ko kan baik. hehehe,” rayuku kepada teman serumahku, Senn. “ Yela, hang ni kalau tak kacau aku sehari tak sah kan,”. “ Ala ko ni, dengan aku yang hensem ni pun ko nak berkira.”balasku lalu gelak menyusul diantara kami bertiga.

p/s: fuhhh.... menarek gak cite ni kan? hurm.... ape jadi eh lepas ni? hah! kalu nak tau tunggulah part 2 die. (=^.^=)v