Sunday, November 29, 2009

Perah punya Perah~~~

hurm...
satu lg entri pasal aku lama x update blog.. hakhak... biarlah... aku kekeringan idea sebenarnye nk letak apa dalam blog ni. seperti yg dh diberitahu sblm ni sampai skrg aku masih lg x tau apa yg aku patut tulis dalam blog. blog ni pun x de tema... kesiannye kat blog ni. xpe2. jgn sedey2. time2 cuti ni aku akan cuba sedaya upaya untuk update blog nie dgn aktifnya!!! (*seperti hanya sekadar mimpi jer~~~)

aku bukanlah seorang yg menarik untuk dikenali mahupun popular... aku cuma seorg pelajar yang masih lagi belajar di tempat belajar yg telah aku masuk selepas aku habis belajar~~~ ok brape byk belajar da~~~ papelah... maaf sbb mungkin blog ni x diisi dgn perkara yg sepatutnye. ke manalah hilang matlamat utama aku buat blog ni (matlamatnya sbnrnya tuk jdkan blog ni sbg photo blog) (=_=")

ntahlah, aku tatau nk tulis ape... maaflah kepada pembaca yang singgah kt blog ni. aku tau blog ni membosankan sehingga setiap kali anda membaca entri yg ade dlm blog ni anda akan rasa seperti mahu membelasah penulisnya. ok. silakan... (kidding2) x perlulah sampai nk membelasah kan... aku ni dh lah baik... kegemaran semua plak tu (x leh blah~) aku nk wat entri lawak mmg x dptlah kan sbb aku ni bkn lah seorg yg lawak. adoiya~~~ seriusly x de idea nk tulis ape... T___T nanti2lah aku update balik...

k... chiow~~~

Wednesday, November 4, 2009

Apa yang aku suka?

Apa ada di sebalik gambar di atas? hah... nilah buku fav aku. tajuk dia Kaoru's Cake House. buku ni bukan novel biasa cam novel lain. buku ni dipanggil novel grafik. apa tu novel grafik? novel grafik ni adalah citer yang dipersembahkan dalam bentuk lukisan dan cam 'comic strip'. kenapa aku suka sangat dengan komik ni? sebab citer die best. dan sebab paling utama aku suka komik nie sebab karakter dalam komik ni. aku boleh kata Kaoru sangat pandai melukis karakter2 dia especially karakter lelaki. hensem kot. aku paling suka wing. wing ade ciri2 lelaki yang aku suka tengok. rambut panjang pastu ikat kemas then sangat cool. cuma wing ni kurang satu ciri lelaki yang aku suka tengok which is pakai subang. hakhak. mesti korang rasa aku ni pelik. apakah budak ni suka tengok lelaki cool berambut panjang terikat kemas tapi pakai subang sebelah? lantak aku ahh... mata aku yang tengok. bukan korang yang tengok kan. satu lagi sebab aku suka baca buku ni adalah sifat2 jejaka yang ada kat cake house tu. diorg semua ada karakter yang inginkan orang lain gembira. dan diorg pun selalu menggembirakan orang lain. kalaulah betul wujud cake house cam ni, sah2 aku lah 1st regular costumer diorg. hakhak. Kaoru's Cake House ni ada banyak version komik. ada yang citer dia lain2. ada citer dia yang pasal jejaka Kaoru's Cake House. n ada banyak ahh lagi version komik. semua ade citer yang berbeza tapi memang puas hati ahh baca. especially tuk orang cam aku yang memang haram ahh kalu nak baca novel yang panjang berjela tu. so, kepada korang semua cubalah baca komik ni. aku jamin citer dia best dan sweet. kat dalam komik gak ada trade mark dia. aku sangat suka trade mark tu. 143... kalau korang nak tau apa 143 tu korang bacalah komik ni. (=^.^=)v

p/s: aku paling suka tengok lelaki yang pakai cermin mata+rambut panjang yang diikat kemas+cool+pakai subang yang ring tu tapi pakai sebelah je (hakhak, utk pengetahuan semua ni hanyalah ciri lelaki yang aku suka tengok bukan lelaki idaman aku yer~~~ kalau nak tau ciri2 lelaki idaman aku korang kenalah figure out sendiri... :P)

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata,

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.



*dipetik dr medtech hub. trimas to dqeen

Tuesday, November 3, 2009

btol ke nie?

tengah2 aku duk meneliti baris2 ayat dalam satu blog ni tetibe je aku jumpe satu gmbr nie... terkejut dowh... nk tercabut usus perut ni hah... x sangka btol... kalu korunk nk tau sape ni hah gmbr kat sebelah ni. inilah gmbr yg berjaya membuatkan sensor reflect aku short circuit. sape org kt sebelah nie? penting ke nk tau? penting? ye lah aku gtau. nilah kakak aku. kakak aku nie bljr kt unisel, batang berjuntai selangor. die nie ade kelisa kaler kelabu number plat WPP **** <---number plat blkg die aku x ingat sgt... bpe ntah... 1906 kot... aku pown x sure... sorry yer sis ^^v sape sangka kakak aku a.k.a mak labu (gelaran di dlm blog itu) dh jd apprentice A Samad Said... bkn main2 tu. A Samad Said... aku ulang A Samad Said nye apprentice. cuba kakak korung yg jadi apprentice A Samad Said, bangga pe. kembang dowh hidung... wakaka.... aku dpt review kakak aku nye quote ikut skunsenn zone je kalu ikut kan original quote ade kat facebook kakak aku. sah2 lah aku x leh nk bace kan. sebab pe? nk tau ke? alah~~~ klu aku ckp mesti korang akn pikir, uishh gile kuno bdk nie. giler out of date. giler x ikut perkembangan... n byk ahh giler2 yg len.

pape hal pown aku x de reason yg kukuh utk aku bukak satu account facebook memandangkan friendster aku pown dh cm hidup segan mati x mau, dengan myspace account nye yg aku rse mmg dh expired. adakah aku patut berfacebooking? confem lah x, kan. nk kate aku kuno aku tau je game farmville ntah pape tu. nk kate aku kuno, aku tau je ade model psp yg baru... nk kate aku kuno lg? well duk kt universiti ni especially u aku, aku rse mmg aku akn jd agk kunolah sbb jrg sgt tgk dunia luar. tau2 berita pown ikut internet je. nk beli paper, cm mls nk kumpul paper byk2 kt dlm bilik. jd bace paper online jelah... tu pown korunk mesti kate kuno jgk. lantak korunk lah...

hari nie tgh aku duk jln2 singgah2 kt blog2 org, tetibe aku jumpe blog dak2 sek men aku. bagus gak diorg. sgt up-to-date ahh... dgn entri yg melimpah-ruah... sah2 segan aku tgk. blog aku nie yg dh berkurun wujud pown still nazak2 entri nye. maaf lah ye pembace sekalian. aku nie bkn pe. aku x lah sekreatif bloger2 yg aktif n inovatif serta kreatif itu. aku pown bknlah novelist atau pnulis yg mampu mengarang byk2. sket2 bley ahh. aku pown tatau mne lah dtg idea giler nk bkk blog nie. x pelah... recent entri aku pown leh dikatekan agk pjg satu2 entri tu. satu improvement yg bagus. tepukan utk diri aku senirik. sori lah sume. makin pjg entri nie makin mengarut jdnye. hoho...