sudah rutin bagi pelajar di universiti, di saat akhir ini yang hanya tinggal 2 minggu sebelum final exam bermula, mengulang kaji pelajaran dan mengunakan sebanyak mungkin masa yang ada untuk study. tapi pernah tak kita fikir kalau kita terlalu menumpukan perhatian dan tidak fokus pada persekitaran kita, kita akan menjadi lebih stress dan bebanan pulak jadi semakin berat. sebab tulah kalau kita perasan, time2 nak exam nilah banyak masalah yang datang. kita pulak jadi semakin emo, psyko, emosi tak stabil dan sebagainya... pada yang lemah mental mereka, mereka akan merasa perkara2 di atas, dan pada yang agak kuat mentalnya, mereka akan dapat mengatasi 1001 perasaan yang majoritinya adalah seperti kegusaran, tak tenteram dan sebagainya. sebab tulah tuhan mewujudkan yang kuat dan yang lemah. yang kuat untuk membantu yang lemah dan yang lemah untuk mengingatkan yang kuat. pada yang lemah, lemah sekarang tak bermakna kita akan lemah buat selama-lamanya. terpulang pada kita macam mana nak mengatasi kelamahan itu dan bangkit menjadi kuat. buat yang kuat pula, jangan sombong dan berlagak yang kau dah kuat jadi tak perlu buat apa-apa lagi. ingat! yang kuat bole menjadi lemah. sebab tu kita dalam hidup nie tak boleh takbur, sombong dan tak bersyukur dengan ape yang kita ada. semua benda nie pinjaman je, kita tak tau bile Tuan dia nak ambik balik barang2 dia. sebab tu jugaklah yang kuat kena tolong yang lemah. kita semua sedar apalah sangat yang kita bole buat untuk tolong orang laen, tapi at least walau hanya sekadar penyokong pun dah cukup memadai buat yang lemah. sokong kawan-kawan kita yang lemah. tolong bagi semangat kat diorang tuk jadi kuat. selalunya orang yang pernah mengalami pengalaman yang memberi impak yang besar pada dia akan lebih kuat dan tabah melalui dugaan yang dia hadapi di kemudian hari. kat sinilah sebab yang paling utama kita perlukan sahabat dan bukan kawan. apa beza sahabat dan kawan? kawan ni selalunya ada masa gembira je tapi sahabat akan sentiasa ada dengan kita bile2 pun. susah atau senang dia tetap akan tolong kita. itulah gunanya sahabat. dan time2 macam nilah kita boleh tau siapa sahabat dan siapa kawan. pesana buat sahabat2 semua, jangan takut dan jangan gusar. sentiasa fikirkan perkara positif. kenapa perlu kita memikirkan air yang sudah habis separuh gelas sedangkan kita boleh berfikir air yang masih ada setengah gelas. jangan biarkan perkara2 lepas atau perkara yang meng'down'kan kita terus menghatui kita. tapi gunakan kelemahan tu sebagai kekuatan kita. harap artikel kali nie bole membantu sahabat2 semua menaikkan balik semangat kalian...
No comments:
Post a Comment