salam
wott wott
raya dah 2 minggu. cuti pun dh tak bersisa lagi. adoyaii... raya dah best dah. part yg tak berapa nak bestnya, cuti dah habis. (>.<) cepatlah dapat tempat intern pastu pergi intern. cepatlah habis ETP. cepatlah habis segala-galanya. daku dah muak. maaf ye semua atas pengaliran aura negatif ini. sila pergi cas kembali supaya anda ada lebih banyak cas positif. lantaklah. no matter what, life must be go on.
masuk blog orang, semua ceritera pasal raya. secara asasnya semua menglipurkan situasi raya mereka. bagus2. daku pula? hahaha... kamu rasa bagaimana? mari2 dengar ceritera penglipur lara...
hari pertama cuti
kewujudan di rumah nenda terchenta di shah alam. berbuka bersama keluarga handai secara pukal. perut boroi memang tak dapat dielakkan. begitulah nasib cuti pertama. kelihatan buku-buku tersusun cantik di dalam beg. tak terusik. kemas je.
hari kedua cuti
masih di rumah nenda. bergolek-golekan seperti ayam golek, berguling-gulingan seperti popia bersama sepupu. petang pergi jemput kekanda tercinta dari LCCT. masih berbuka di rumah nenda bersama keluarga handai.
hari ketiga cuti
jasad di shah alam lagi. tapi hari ni best sikit. pak saudara belanja berbuka. semua keluarga berkumpul. 16 orang semuanya. penuh oiii tempat tu. riuh rendah kami je yang bising. nice2. nasib si buku masih tersimpan rapi di dalam beg. apalah nasib kau kan buku.
hari keempat cuti
akhirnya beransur ke pasir puteh, kelantan. menemani kekanda. sungguh tidak ada kejadah yang dilakukan. berbuka di tempat best. heee... suka2. quote dari kekanda
"best giler ahh gini, bangun tido ade mknan, celik mate mknan depan mate. wahhh... suke2."
(-_-") beginilah kondisinya.
hari kelima cuti
kekanda dapat off day. apa lagi, balik kemaman lah pulak. ingat2 lah rumah tu. nice dapat tidur atas katil sendiri walaupun teruk kena lanyak malam tu. tapi takpe. home sweet home. hari ni berbuka di rumah mak saudara pulak. menu dia paling meletup. laksa kuah putih + nasi lauk udang sambal... fuhh... wott wott...
hari keenam cuti
hahaha... ini dah melawan arus. orang lain balik kampung, kami? pulang ke bandar. laporan trafik? hahaha... tiada kesan pada kami.
hari ketujuh cuti
berada di bandar raya kuala lumpur di jalan duta. ambil peluang bergolek-golek sekali lagi. langsai hutang bergolek itu. buku masih menerima nasib yang sama. masih dianak tirikan dan dikurung di dalam beg.
hari kelapan cuti
raya lah weyh. wott wott... shooting sana sini~~~ wott wott... masyuk2... rendang ayam kampung? check! nasi himpit? check! nasi arab ala-ala syria? check! sate goreng, kuah kacang? check! fuhh... resultnye? perut kenyang senang hati... lalalala... berat pun bertambah... lalalala (=.=')
dah2... sekarang masuk hari-hari kembali ke universiti!
hari pertama
walaweehh... hectic usah nak kata! keje beratur tunggu nak punch kad! pening2.
hari kedua
fuhh... siap satu benda, preparation for the test pulak! pergi rumah orang tu. best sangat. dapat makan nasi lemak, nasi himpap kuah kacang(ada daging wooo), ayam sambal dan kuih2 raya. Terima Kasih Nadrah \(=^.^=)/. Masakan ibu anda yang dibantu anda sangat sedap. terubat hati yang lara sebab kena balik sini tau. TQ2.
hari ketiga
apa lagi? buang masa je! pergi study sekarang! malam nanti ada test! aku pun pergilah study dengan semangat yang tak kunjung tiba. redha. study tetap kena study. fine malam ada test. bersama sahabat pergi berperang di tapak peperangan yang biasa, test room block N. confirm budak dari universiti aku tahu tempat ni.
hari keempat
cubaan menghantar assignment akhirnya menjadi episod motor tetiba tak hidup. matikah? ntahlah. janganlah weyh! treasure aku tu kot. berharga tu. nak tukar ngan kereta pun sayang tahu!
hari kelima
cubaan membaiki motor dengan membuka bateri, biar lama sikit, pastu pasang balik. result? T______T jadi, atas sebab kekecewaan, pergilah makan KFC dengan, ehemm2... sahabat dari sebelah, itu dia Basirah. yeah, sedap makan KFC ngan ko tadi Bash. Terima Kasih.
hari keenam
woit2.... mana ada lagi! hari ini adalah hari kelima. so keenam? tunggu dan lihat sajalah. we wait and see apa jadi. yosh~~~
mari-mari, kita translate kan skrip... lepas ni siapa nak aku buat skrip, kritik skrip, translate skrip bolehlah buat sendiri. baiklah. Terima kasih singgah dan baca. and Ja ne!
p/s: bila baca balik, macam ada something wrong je dengan kronologi kisah2 di atas. hurm...