Friday, September 17, 2010

raya --> raya --> UTP?!

salam
wott wott

raya dah 2 minggu. cuti pun dh tak bersisa lagi. adoyaii... raya dah best dah. part yg tak berapa nak bestnya, cuti dah habis. (>.<) cepatlah dapat tempat intern pastu pergi intern. cepatlah habis ETP. cepatlah habis segala-galanya. daku dah muak. maaf ye semua atas pengaliran aura negatif ini. sila pergi cas kembali supaya anda ada lebih banyak cas positif. lantaklah. no matter what, life must be go on.

masuk blog orang, semua ceritera pasal raya. secara asasnya semua menglipurkan situasi raya mereka. bagus2. daku pula? hahaha... kamu rasa bagaimana? mari2 dengar ceritera penglipur lara...

hari pertama cuti
kewujudan di rumah nenda terchenta di shah alam. berbuka bersama keluarga handai secara pukal. perut boroi memang tak dapat dielakkan. begitulah nasib cuti pertama. kelihatan buku-buku tersusun cantik di dalam beg. tak terusik. kemas je.

hari kedua cuti
masih di rumah nenda. bergolek-golekan seperti ayam golek, berguling-gulingan seperti popia bersama sepupu. petang pergi jemput kekanda tercinta dari LCCT. masih berbuka di rumah nenda bersama keluarga handai.

hari ketiga cuti
jasad di shah alam lagi. tapi hari ni best sikit. pak saudara belanja berbuka. semua keluarga berkumpul. 16 orang semuanya. penuh oiii tempat tu. riuh rendah kami je yang bising. nice2. nasib si buku masih tersimpan rapi di dalam beg. apalah nasib kau kan buku.

hari keempat cuti
akhirnya beransur ke pasir puteh, kelantan. menemani kekanda. sungguh tidak ada kejadah yang dilakukan. berbuka di tempat best. heee... suka2. quote dari kekanda
"best giler ahh gini, bangun tido ade mknan, celik mate mknan depan mate. wahhh... suke2."
(-_-") beginilah kondisinya.

hari kelima cuti
kekanda dapat off day. apa lagi, balik kemaman lah pulak. ingat2 lah rumah tu. nice dapat tidur atas katil sendiri walaupun teruk kena lanyak malam tu. tapi takpe. home sweet home. hari ni berbuka di rumah mak saudara pulak. menu dia paling meletup. laksa kuah putih + nasi lauk udang sambal... fuhh... wott wott...

hari keenam cuti
hahaha... ini dah melawan arus. orang lain balik kampung, kami? pulang ke bandar. laporan trafik? hahaha... tiada kesan pada kami.

hari ketujuh cuti
berada di bandar raya kuala lumpur di jalan duta. ambil peluang bergolek-golek sekali lagi. langsai hutang bergolek itu. buku masih menerima nasib yang sama. masih dianak tirikan dan dikurung di dalam beg.

hari kelapan cuti
raya lah weyh. wott wott... shooting sana sini~~~ wott wott... masyuk2... rendang ayam kampung? check! nasi himpit? check! nasi arab ala-ala syria? check! sate goreng, kuah kacang? check! fuhh... resultnye? perut kenyang senang hati... lalalala... berat pun bertambah... lalalala (=.=')

dah2... sekarang masuk hari-hari kembali ke universiti!

hari pertama
walaweehh... hectic usah nak kata! keje beratur tunggu nak punch kad! pening2.

hari kedua
fuhh... siap satu benda, preparation for the test pulak! pergi rumah orang tu. best sangat. dapat makan nasi lemak, nasi himpap kuah kacang(ada daging wooo), ayam sambal dan kuih2 raya. Terima Kasih Nadrah \(=^.^=)/. Masakan ibu anda yang dibantu anda sangat sedap. terubat hati yang lara sebab kena balik sini tau. TQ2.

hari ketiga
apa lagi? buang masa je! pergi study sekarang! malam nanti ada test! aku pun pergilah study dengan semangat yang tak kunjung tiba. redha. study tetap kena study. fine malam ada test. bersama sahabat pergi berperang di tapak peperangan yang biasa, test room block N. confirm budak dari universiti aku tahu tempat ni.

hari keempat
cubaan menghantar assignment akhirnya menjadi episod motor tetiba tak hidup. matikah? ntahlah. janganlah weyh! treasure aku tu kot. berharga tu. nak tukar ngan kereta pun sayang tahu!

hari kelima
cubaan membaiki motor dengan membuka bateri, biar lama sikit, pastu pasang balik. result? T______T jadi, atas sebab kekecewaan, pergilah makan KFC dengan, ehemm2... sahabat dari sebelah, itu dia Basirah. yeah, sedap makan KFC ngan ko tadi Bash. Terima Kasih.

hari keenam
woit2.... mana ada lagi! hari ini adalah hari kelima. so keenam? tunggu dan lihat sajalah. we wait and see apa jadi. yosh~~~

mari-mari, kita translate kan skrip... lepas ni siapa nak aku buat skrip, kritik skrip, translate skrip bolehlah buat sendiri. baiklah. Terima kasih singgah dan baca. and Ja ne!

p/s: bila baca balik, macam ada something wrong je dengan kronologi kisah2 di atas. hurm...

Sunday, August 15, 2010

Evening Outing



Date : 15th August 2010
Location : UTP Circulation Jog
Team : Dqeen, Kak Lela, Yana, Fatin n Friend, Rayme
Gear : Canon EOS 1000D + Sony Alpha


Saturday, July 31, 2010

My Gadget

Salam.

Entri ini bukan utk bermegah-megah dengan apa yang aku ada. cuma untuk peringatan kepada diri aku sendiri betapa perlunya aku bersyukur dengan segala pemberian yang dikurniakan kepada aku.

List ini bermula selepas aku tamat pengajian di sekolah menengah dan PLKN

1. Compaq Presario V3000

given by : daddy
year of purchase : 2006
condition : still good, just the screen is already a bit off (=.=")
accessories : mouse
price : free
maintenance cost : RM500++


2. 2.5" External Hardrive 80 GB
given by : bought it by my own
year of purchase : 2007
condition : well behave but already gave it to my daddy
price : RM300++

3. Maxtor 2.5" 250GB
given by : bought it by my own
year of purchase : 2009
condition : very very well behave
price : RM190

4. 3.5" External Hardrive 500GB
given by : bought it using my own money
year of purchase : 2008
condition : well behave and empty
price : RM380++

5. 3.5" External Hardrive 1TB Western Digital
given by : bought by my own
year of purchase : 2010
condition : still new and 95% used
price : RM350 nett

6. Celcom Huawei Broadband Modem

given by : bought by my own
year of purchase : 2009
condition : well behave and nicely used
price : RM200++

7. Canon Pixma i1880

given by : my lovely daddy
year of purchase : 2006
condition : broken and need to be replaced with the new one (=,=")
price : free

8. DSLR Canon EOS 1000D

given by : bought by me, my dad, my sis
year of purchase : 2009
condition : so good
price : RM2100 (RM700x3)

9. PSP 2000 Metallic Blue

given by : bought by me and my sis
year of purchase : 2009
condition : nice and good
price : RM900++ (RM450x2)

10. Sony Walkman NWZ-B133F 1GB

given by : my sis
year of purchase : 2009
condition : very good and well behave
price : free

11. Sonic Gear Ear Pump

given by : my self
year of purchase : 2009
condition : handsomely
price : RM50x3

12. Mix Style Head Phone
given by : my own self
year of purchase : 2010
condition : broken (T____T)
price : RM50++


Mak aih... mana lah tak habis semua duit aku. T_____T tu tak termasuk shopping baju dengan benda lain lagi. adeh... patutlah banyak duit aku habis kaw2. sedihnya.... gila gadget kah aku ni? wahai pembaca sekalian, tolonglah jangan jadi macam aku ye. tapi aku rasa semua ni berbaloi sebab semua yang aku ada bagi kemudahan dekat aku. thank you my lovely and handsomely gadgets. i love all of you.

aku bukanlah anak taukeh balak mahupun taukeh kedai emas, apatah lagi taukeh bijih, aku cuma anak seorang guru sahaja. kehidupan aku hanyalah sederhana tapi Ya Allah, banyak ni dah aku keluarkan duit. GILA!!! memang GILA! dah-dah, jangan nak beli lagi benda2 macam ni. cukup2 lah tu. poket dah nak pokai dah, terkejut beruk aku. baru aku sedar. Ya Allah. apa lah nak jadi kat aku ni. dah2. stop buying all those gadget. simpan duit pulak sekarang ni. (=.=")