Assalam.
Ketika final year, pernah terdetik di hati ini sedikit kekesalan kerana memilih bidang kerjaya ini. dulu aku memilih haluan ini kerana jaminan kerjaya yang cerah. tapi ketika final year bukan itu yang aku rasa. perit memilih bidang ini. terasa ingin putus asa.
alhamdulillah, Allah kurniakan aku manusia yang berhak digelar sahabat. melihat mereka berusaha dan terus berusaha telah membuka mata aku. mungkin ini apa yang telah ditentukan oleh takdir. mungkin perit. tapi masakan madu itu dapat dimakan kalau tidak diambil dari sarang tebuan yang penuh bisa itu?
mungkin ia ujian buat aku. ujian untuk menyedarkan aku bahawa segalanya adalah rezeki kurniaan Allah. ujian itu juga rezeki. rezeki yang membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi apa yang di hadapan. dan alhamdulillah, tanggal 21 oktober 2012, secara rasminya aku bergelar graduan.
sesungguhnya tidak pernah ada silap dalam pilihan selagi ia tidak terpesong dari pegangan agama. dan sekarang, aku yakin, setiap pilihan aku mungkin telah ditakdirkan buat aku.
nikmat kurniaan-Mu ya Allah. Alhamdulillah. :)